Raya tahun ni adalah raya yang paling seronok sekali bagi aku sejak bergelar orang dewasa. Sebulan aku menikmati raya tahun ni. Dahulu masa aku kerja bidang marketing, selalunya raya aku hanya 2 atau 3 hari sahaja. Lepas tu kerja je manjang. Kadangkala tak raya pun. Sebabnya geng2 Petronas ngan Esso ni memang suka buat plant shutdown masa raya. Sebabnya masa tu demand utk product diorang kurang berbanding hari-hari biasa. Ada sekali tu time raya aku kena kerja. Sbb takde budak nak standby utk plant shutdown. Kalau tak silap masa tu Esso Sludgcatcher(Ejaannya tak pasti betul ke tidak) kerteh yang shutdown. Daripada dua hari sebelum raya aku standby kat situ. Sampailah ke 3 hari raya. Tahun2 berikutnya selalu aku dapat call dari customer time petang hari raya pertama. Selalunya plant triplah. So biasanya memang kerja lah memanjang. Tahun lepas pulak cuma dpt beraya dalam seminggu je. Sbb lepas seminggu aku ke Kedah. masih bertugas disana.
So tahun ni pagi raya pertama lepas sembahyang raya aku pergi rumah mak aku. Jaraknya dalam 20 minit drive. Memangnya selalu aku tidur rumah aku je malam raya. Adik beradik ramai. So bagi can kat adik beradik yang bujang dan yang tinggal jauh utk tidur rumah mak aku. Pastu petang raya dlm pukul 3 bertolak ke rumah mak mentua aku di Kuala Terengganu. Dalam sejam perjalanan. On the way aku singgah rumah Master Najmi then rumah kaka ipar di Losong. Malam baru sampai rumah mak mentua di Seberang Takir. Mak mentua memang tak ada laki bini. Diaorang puasa dan raya di Mekah. 2 hari sebelum puasa pergi, balik raya kelima. Raya kedua dan ketiga tu pergi beraya di rumah mak sedara dan adik beradik bini aku. Raya keempat balik ke Dungun. Jem teruk. So dari seberang Takir aku naik ke utara ke Sg Tong trus ke Kuala Berang. On the way singgah rumah pak sedara aku di Tengkawang. Lepas ambik 2/3 jalan pintas bagi mengelak jem barulah sampai Dungun. Bertolak pukul 4.30 ptg, sampai ke Dungun pukul 7 malam. Tahun lepas aku lalu jalan biasa bertolak pukul 5 ptg sampai dungun pukul 9 malam. Esoknya balik semula ke kuala Terengganu sambut Mak mentua Balik dr mekah. Tengah Malam baru balik Dungun semula.
Minggu kedua Raya berpeluang beraya bersama Datuk Ismail Sabri Yaakob. Menteri Belia dan sukan. Dia datang ke Terengganu utk program TPM merasmikan countdown World Endurance Championship (Lumba Kuda Lasak). Terus sekali malam sebelumnya buat majlis penyampaian bantuan kepada persatuan2 belia di negeri Terengganu. Aku sebagai Pengerusi Persatuan Belia Kampung aku di jemputlah bagi menerimanya.
Lepas tu weekend kedua lepas raya aku beraya di sekolah anak aku Sek. Rendah Islam Al-Amin dibuat sehari sebelum aku buat open house. Syoklah jugak dapat jumpa kawan2 aku yang sama2 hantar anak bersekolah disitu. Esoknya aku buat open house. Sebenarnya 6 dalam 1. Open house raya, majlis kesyukuran aku dapat tukar balik TRG, kesyukuran orang rumah naik pangkat DM 52 pensyarah kanan, kesyukuran siap kerja renovate rumah, birthday anak ke 3 dan yang ke 6 aku tak ingat apa dia. (hu hu hu hu). Lepas tu sempatlah beraya rumah kawan2. Jamuan raya peringkat PSMZA 20/10 baru ni (Tempat Kerja aku) dan yang terakhir adalah Jamuan Raya peringkat Jabatan Pengajian AM PSMZA hari Rabu ni, 29/10 bersamaan 29 Syawal (Last Day of Syawal). Aku pulak di beri tugas utk menyelaras jamuan raya ni. fuh..... memang raya sakan aku tahun ni.
Tu yang aku tak sempat nak update blog aku ni. Anyway bolehlah tengok gambar2 raya aku kat sini.