Saya rasa terpanggil untuk komen tentang perkara ini setelah membaca komen dari kawan tok guru saya yang dimuatkan dalam blog beliau. Ayasu Kuro Obi. Juga setelah membaca entry Sir Nordin pasal PPSMI.
Sebelum itu saya ingin memetik beberapa ayat di dalam blog Tun Mahathir dalam entry beliau bertarikh 20 March 2009 yg bertajuk :-
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2
3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.
15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.
17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.
Sebagai seorang yang mendapat P8 didalam matapelajaran bahasa Inggeris dalam SPM dan seterusnya belajar dan berjaya mendapatkan Ijazah pendidikan TESL serta sedang belajar lagi untuk memperolehi Master pendidikan TESL, serta sebagai seorang pensyarah bahasa Inggeris di Politeknik, saya memang tidak sependapat dengan saudara Khairul kawannya Kuro Obi.
Sepatutnya saudara Khairul sedar dan rasa beruntung kerana mendapat peluang belajar di Glasgow. (Saya tak pasti beliau belajar atas tajaan siapa). Cubalah baca petikan no. 17 yang saya petik dari laman blog che det diatas.
Saya memang seratus peratus sependapat dengan Tun Mahathir. Kalaulah saya dahulu dapat belajar sains dan maths dalam bahasa inggeris, mungkin saya akan dapat gred yang lebih bagus untuk matapelajaran bahasa inggeris saya dalam SPM. Mungkin markah saya dalam subject sains dan maths saya sewaktu diploma akan lebih baik dan seterusnya saya dapat juga peluang sambung degree di luar negara seperti saudara Khairul. (Saya berkelulusan Diploma in Rubber and Plastic Technology - ITM 1995. Sewaktu saya tahun satu diploma semua subject diajar dalam bahasa melayu. kemudian tahun dua dwi bahasa. manakala di tahun tiga semuanya dalam bahasa inggeris. Pada tahun 1994 itulah bermulanya P & P dalam bahasa inggeris keseluruhannya di ITM/UiTM.).
Tetapi takdirnya tidak begitu. Ayah saya buta huruf. Tidak pernah bersekolah dan hanyalah seorang Peneroka Felda. Manakala ibu saya hanya sekolah setakat darjah dua dan tahu membaca secara merangkak-rangkak sahaja. Mungkin keadaan saya tidak sama dengan saudara Khairul. Makanya saya tidak dapat peluang belajar di luar negeri. Betapa beruntungnya saudara Khairul.
Keadaan sama telah dapat saya lihat di kalangan pelajar Politeknik. Bagi student yang terlibat dengan PPSMI, mereka kelihatan tidak takut atau segan untuk mencari bahan/nota di dalam bahasa Inggeris, tapi bagi yang agak senior dan tidak terlibat dengan PPSMI, mereka agak segan untuk mendapatkan bahan didalam bahasa Inggeris samada menerusi internet ataupun buku-buku. Dan mereka juga agak malu2 di dalam kelas bahasa inggeris berbanding junior2 mereka yang terlibat dengan PPSMI.
Selaras dengan PPSMI, kami di Politeknik juga telah melaksanakan PPSMTI (T - Teknikal) bermula pada tahun lepas. Ini kerana kami telah mula menerima pelajar-pelajar yang terlibat dengan PPSMI sewaktu di sekolah.
Jadi saya melihat bantahan yang berlaku terhadap PPSMi sekarang ini tidak lain hanyalah semata-mata gimik politik murahan pihak tertentu yang sebenarnya tidak mempunyai isu bagi menghadapi 3 pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini. Pada 2 minggu yang sudah sewaktu saya dalam perjalanan balik dari menghadiri kelas Master di Shah Alam, saya dan kawan2 bertembung dengan orang2 kampung kawan saya di kawasan rehat Temerloh. Mereka baru balik dari KL (Sebuah bas sewa khas) menyertai demonstrasi di Masjid Negara pada hari itu. Setelah bertanyakan kawan saya, barulah saya tahu bahawa mereka semuanya orang2 kampung yang belajarnya tak setinggi mana (sesetengahnya hanya setakat sekolah rendah dan SRP sahaja) dan berkerja kampung, buruh dan nelayan. Mereka pergi berdemonstrasi di KL kerana di pengaruhi oleh orang2 tertentu tanpa tahu apakah yang mereka bantah.
Sejak tahun 2003 lagi PPSMI telah dilaksanakan. Tapi mengapa sekarang baru nak berdemonstrasi, baru nak membantah?????
Mungkin perlaksanaannya ada sedikit hicup. Tapi secara dasarnya PPSMI itu adalah sesuatu yang bagus. Baikilah yang perlu di baiki. Janganlah dibakar kereta baru hanya kerana terdapat masalah pada tayarnya. Tukarlah tayarnya, mungkin akan dapat menyelesaikan masalah yang terjadi.
Wassalam
Saturday, March 21, 2009
Sunday, March 8, 2009
Kejohanan Taekwondo Jemputan Kebangsaan UiTM P. Pinang
Ini cerita berkenaan Kejohanan Taekwondo Jemputan Kebangsaan UiTM Pulau Pinang baru-aru ni. Aku bawak pasukan dari PSMZA seramai 15 orang. Aku tengok PSAS bawak sekali ngan budak sekolah. Tapi aku taklehlah sbb Ahad 1/3 tu sekolah kat sini. Kalau Ustaz buat time cuti sekolah bolehlah aku bwk budak sekolah cam Kedah open tahun 2007 ari tu.
Tapi yang seronoknya dapat jumpa coach2 yang dah 6th Dan serta 5th Dan juga 4th Dan. Cam Ustaz Mansur,Din DTA, Nanda, Bala, Rosnan, Radzi dan ramai lagi.
Termasuk jugalah Ali Khir kawan lama aku masa aku buat Diploma kat ITM 91-94 dulu. Dia amik blackbelt kendian sikit drp aku. Tapi dah 4th Dan dah. he he he . Sbb dia aktif balik beberapa tahun awal dari aku.Pencapaian students aku agak memberangsangkan. Cuma 15 orang dan masuk kategori colour belt semuanya. 2 Emas, 4 Perak dan 6 Gangsa adalah sesuatu yang boleh aku banggakan. Dari 15 orang tu, 10 orang bawa balik pingat. Cuma 5 orang je tak berpingat. Aku pun dpt pingat gangsa satu Ustaz bagi. he he he he
Ada student aku tu mmg aku tak taruk apa2 harapan utk dpt pingat. Tup tup dpt 2 Emas. Mmg tak sesia aku suruh dia jd Presiden Kelab Taekwondo PSMZA. Yg aku harap dpt pingat Emas cuma dpt perak dan gangsa je. Tapi ada dua tiga orang yang baru berlatih sehari sblm tu dpt pingat utk pattern.
Terima kasih utk Berahim, ex-student aku yg tinggal kat Kulim kerana tolong latih diorang. Yang si Berahim ni plak mmg bagusla. Dia menginap sekali ngan kami di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan dialah yang jadi penunjuk arah kat mana nak makan, jalan mana nak lalu dan siap tolong melatih budak2 aku bagi kategori pattern. Pastu bagi pinjam uniform bagi pinjam foot pad dan mcm2 lagilah. Kalau dia tak ada ari tu mmg jd kelam kabut sikitlah kami disana.Kami juga mendapat bantuan dari anak saudara wife aku yang kebetulan belajar di UiTM Penang. Dialah yg bwk aku naik motor dia pergi beli Red Bull, Pisang dan First Aid.
Cuma Yasir iaitu blackbelt dari Kemaman je yg tak dpt aku contact. 3 no hp dia aku call, tapi hampa. Tup tup 2 hari lepas aku balik baru dia call aku. Tu lah dia... No hp tukar 2/3 kali sehari. Tengok cam aku ni. Dah 15 tahun dah pakai no sama je.
Si Yasir ni pun tak masuk tournament tu. Padahal Poli tpt dia belajar cuma 300 meter je dari UiTM tu. Sebab apa..? Cuma dia je yang tahu.Next programe utk Kelab Taekwondo PSMZA ni adalah kami nak sewa gerai jualan masa Konvo bulan April nanti. Lps tu nak buat trip ke KL masa cuti sem bulan 6. Sekali ngan latihan bersama ngan Multimedia College. Dah call Din DTA ari tu. Cuma tunggu confirmation je lagi dari dia.
Wassalam
Subscribe to:
Comments (Atom)