Jadi aku pun menyewa Dewan Majlis Perbandaran Dungun untuk tujuan latihan. Pada bulan Januari aku dibenarkan menyewa dewan. Jadi latihan di buat di Dewan Batu 48. Kemudiannya pada bulan Feb aku tidak lagi dibenarkan menyewa dewan dengan alasan ahli2 Kelab sukan MPD mengunakkan dewan pada waktu sama untuk bermain badminton. Oklah. Aku minta untuk menyewa gelanggang tenis diluar dewan. Dapatlah sewa utk bulan Feb dan Mac.
Tetiba pada bulan April aku tidak dibenarkan pula utk menyewa gelanggang tenis tersebut. Tiada alasan yang diberikan. Tapi drp apaa yang dicritakan oleh penjaga dewan, ada pegawai tinggi dlm MPD mahu bermain tenis pada masa luang mereka. Dan mereka mahu gelanggang tenis itu sentiasa kosong supaya mereka boleh bermain bila2 masa yang mereka rasa nak main.
Memang kecewa. Tapi malas nak fikir byk2.
Last2 sekali aku buat kat rumah aku jelah. Sementara tunggu dewan sekolah siap pada awal tahun depan. Kerana ruang yang agak terhad, terpaksalah aku bahagi dua kelas tu. (30 orang murid). Yang talipinggang putih berlatih dlm rumah. Manakala calit kuning ke atas di luar (tempat parking kereta). Itu pun nasib baik ada assistant.(Students aku kat PSMZA). Kalau tak susah jugalah. Anyway inilah gambar2 yang diambil sewaktu latihan.








