Tuesday, October 27, 2009

Perkelahan Kelab Taekwondo PSMZA

Sabtu baru ni aku bawak student2 aku gi picnic kat sungai batu kat kampung aku Felda Kerteh 3.

Mandi puas2. Sampai kt situ pkl 10 pagi. Balik pukul 4 petang. sembahyang zohor pun kat situ.
Seronok tengok budak2 tu gembira.Sambil2 kami ber BBQ.

Sunday, October 4, 2009

Raya

Raya tahun ni rasa tak seperti tahun-tahun sudah. Satunya disebabkan ketiadaan Ibu yang meninggal pada bulan April yang lalu. Amat terasa sekali kehilangan Ibu pada hari raya ini. Mungkin kerana tahun ini adalah tahun pertama kami beraya tanpa Ibu.

Keduanya adalah kerana kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan pengajian separuh masaku. Aku hanya beraya sehari sahaja iaitu pada hari raya pertama. Raya kedua bila isteriku mengajakku ke rumah abangnya yang mengadakan rumah terbuka, ku katakan bahawa aku perlu menyiapkan tugasanku kerana dua minggu selepas raya aku mesti menghantarnya. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkannya pada masa yang ditetapkan.

Hari raya ketiga pula Abah ku melangsungkan perkahwinan dengan orang Merchang. Dari rumah mak mentuaku terus aku ke Merchang yang kebetulan berada dalam perjalana untuk balik kerumahku di Dungun. Keesokannya pula sibuk menyiapkan rumah abahku dan hidangan untuk majlis di rumah abahku pula.

Tahun ini beberapa orang jiranku mengadakan rumah terbuka. Aku tidak dapat buat rumah terbuka kerana kesibukan belajar. Jumaat akan datang ni pun aku masih ada lagi satu jemputan ke rumah terbuka.

Sewaktu sibuk mengemaskan barang-barang selepas majlis hari raya di Jabatan ku rabu lepas, kakiku pula terseliuh. Sudahnya hari Khamis tu aku MC sebab kakiku bengkak walaupun dah pergi berurut pada malamnya. Tiket untuk ku ke Shah Alam bagi menghadiri kelas Masterku ju terpaksa ku jualkan. Terpaksa ku menelepon pensyarahku memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke kuliah disebabkan keadaan kakiku.

Hari ini pula bila saja melangkah masuk ke pejabat, audit dalaman pula sudah bermula. Hai!! kacau betullah. Fail kualitiku tidak lengkap menyebabkan aku sentiasa berdebar-debar takut-takut aku dipanggil untuk di audit.

Banyaknya kerja yang belum siap. Assingment budak pun berlambak-lambak lagi belum diselak. Fail penyelaras kelab dan persatuan pun belum dimulakan. Salahkah aku. Tak jugak. Sebabnya sebagai orang baru aku terlalu dibebani dengan tugas2 sampingan. Orang lain cuma ada satu atau dua sahaja tugas sampingan. tetapi aku sampai enam sekali. Walaupun begitu aku tidak diberikan pengurangan jam mengajar. kerana apa?? kerana aku pensyarah Bahasa Inggeris. Pensyarah Bahasa Inggeris amat kurang ditempat kerja aku sehinggakan terpaksa mengupah pensyarah sambilan seramai lapan orang. Ditambah pula dengan tiga orang pensyarah wanita yang bersalin pada masa yang agak serentak sekaligus.

hai......

Apa nak buat.

Tuhan...... Tabahkanlah hatiku.

gambar raya ada sikit kt sini. silakanlah tatap.