Sunday, May 6, 2012

Masa mencemburui aku

Aku tersangatlah sibuk dan tidak mempunyai masa bagi diriku sendiri dan juga untuk orang2 yang dekat denganku. Dengan sebab itu telah menyebabkan beberapa orang telah salah sangka. Tapi aku nak buat macammana?? Biarlah mereka dengan perasaan mereka. Mudah-mudahan Allah taala akan memberikan mereka kesedaran. Orang rumah aku sudah mula menyambung pelajarannya untuk peringkat phd bermula September 2011. Padahal aku pada masa itu masih lagi belajar 2 subjek pengajian Master TESL yang ku ambil secara separuh masa. Di Universiti isteriku itu pelajar2 phdnya terpaksa mengikuti kelas selama dua semester sebelum boleh fokus pada thesisnya. Jadi dari September 2011, bergilir2lah aku dan isteri aku menjaga anak kami yang dua orang ini. Yang sulong dah masuk asrama. Tinggal yang kedua dan ketiga sahaja kat rumah. Hari minggu yakni Jumaat dan Sabtu, aku berada di Shah Alam kerana menghadiri kelas. manakala hari Isnin hingga Rabu, isteri aku pula berada di KL. Bergilir2 lah kami naik bas ekspress ke Lembah kelang. Yang paling bestnya hari Khamis pagi isteri aku sampai dari sana, manakala malamnya aku pula yang menaiki bas kesana. Itu cerita semester lepas. Semester ini aku dah habis kerja kursus. Tinggal lagi dissertasi. Tapi isteri aku pula kena pergi dari Jumaat malam lagi sampai ke Rabu.Dia cuma ada di rumah pada Khamis dan Jumaat saje. Pikir punya pikir, maka aku ambik cuti khas untuk semester ini. Tak submit la lagi dissertasi aku. Lepas semester break dia rasa kesian pulak kat aku dan anak2. Dia pun ckp kat prof dia yang dia nak drop kelas Sabtu. Kelas tu pun dia cuma masuk utk dapat ilmu je. Tak wajib pun sebenarnya. Ok sikit sbb dia pergi Ahad malam. Tapi baliknya tak tentu juga. Kadang2 Rabu, kadang2 Khamis dan kadang2 Jumaat. Sebabnya Supervisor dia kdg buleh jumpa hari Selasa, kadang2 hari Khamnis. Kadang2 kena stay utk siapkan tugasan. Tapi tak apelah. Demi masa depan, aku rela. Harap anak2 pun relalah. Kelas Taekwondo aku masih teruskan di UiTM, SRIAAD, Poli. Lps tu ada tambahan pulak kat Imtiaz. Jurulatih dulu taknak dah. Aku taknak ambik, anak aku yg belajar kat situ merayu2 suh aku ajar. Jadi terpaksalah ambik. Tapi nak ke Dojang di Kemaman memang aku takde masa. Pun juga sbb tak larat. Letih sangat2 jaga anak sorang2 ni. Jurulatih aku ada jugak bising2, tapi nak buat macamana. Harap2 dia faham.