Monday, December 17, 2007
Aku masih disini
Dah lama aku tak update blog aku ni. Tak tak tahulah samada ada org baca tak blog aku ni. Sekarang ni aku baru habis marking kertas exam kat kolej aku ni. Ramai jugak yang kantoi. Bukan kantoi sebab tak buleh jawab exam. Tapi sebab aku tahan mereka ni drp masuk exam. Tapi aku buat semuanya ikut protokol lah. Mama yg jarang datang kelas dan tak cukup percentage kehadiran tu, mmglah kena tahan takleh masuk exam.
Sekarang ni dah free dah. Bila ada masa terluang ni teringat plak kat students2 Taekwondo aku kat Terangganu. Masih ramai lagi parents yg call aku pasai nak suh anak diorg joint kelas, tanya pasai bila kelas akan diadakan pun ada. Jd aku wonderlah samada yg replace aku tu ada buat cam surat tak bg ke parents utk makluman ttg diri jurulatih. Sbb masa aku take over dr jlatih terdahulu (Certain Classlah, sbb ada yg aku buka sendiri) aku buat cam circulation bg students suh bg parents diorag. siap aku punya details resume dan contact no lagi.
Satu lagi yg buat aku teringat kat students aku ni sbb masih ramai lagi yang berhubung dgn aku samada memalui sms ke, e-mail ke atau call. Br ni ada sorang students sms aku bagitau dia dpt 4A 1B dlm UPSR dia. Aku balaslah balik bagi kata2 semangat dan ucapan tahniah.
Semalam aku pergi interview SPP utk lantikan tetap. Kalau takda aral maybe 2/3 bulan lg aku dpt lantikan. Pastu bulehlah aku mintak tukar ke Terengganu. Pastu bulehlah aku take over semula kelas aku yg aku tinggalkan di Terengganu dulu.
Oklah tu. penat dah tulis ni. Jumpa lagi lain kali
Monday, September 10, 2007
Duniaku Sekarang
I just got appointment letter as GST. Aku pun dah isi borang e- permohonan kat internet. Harap diaorg akan panggil aku interview cepat supaya bulehlah dapat surat lantikan tetap cepat. Pastu bulehlah cepat2 tukar ke Terengganu.
Dengar-dengar budak2 Taekwondo yang aku latih kat Terengganu tu setengahnya dah tak se aktif dulu. Ramai yg komplain pasal corak latihan. Agaknya diaorg dah serasi dgn corak yg aku buat. Tu yang diaorg rasa susah sikit nak sesuaikan diri dengan corak latihan jurulatih lain.
Sunday, July 29, 2007
My Taekwondo Life now
Br sekali aku pi latihan taekwondo. Kat Polimas. Mr. Lee Kin Seng ajar.
5th Dan ITF. Dah lama tak berlatih kan? Jd pewailah aku.
Tapi latihan dia tough.
Pewai pun taklah sekejap berlatih dah pewai. Tapi lepas sejam berlatih la. Ye lah dia punya latihan utk bdk2 poli yang muda belia. Umur pun dlm 18, 19, 20 tahun. Aku ning dah tua. 34 dah.
Nak pitam jugaklah rasa. Tapi perkara itu menguatkan azam aku utk meningkatkan stamina. nak jogging byk2. So far byklah jugak peningkatan aku sejak aktif balik Taekwondo 2005 ari tu.
Dulu lari sikit pun dah termengah-mengah. Tapi sekarang, setakat 1/2 jam jogging tu tak ada menda lagi bagi aku. Kan ada peningkatan tu. Berat badan aku pun dah byk turun.
Tapi yang bagusnya Tkd kat Polimas ni budak2 dia seratus lebih. Aku rasan PSMZA pun boleh dpt ramai camni gak. tapi kena bagi org Taekwondolah yang handle Taekwondo punya KOKO.
Kat Sini pensyarah yg handle Taekwondo Koko adalah pemegang talipinggang hitam. Dia pun turun berlatih dan melatih sama. Baru betul.
Harap-harap aku dpt tukar ke PSMZA lah Sem depan ni. Aminnnn.
Saturday, July 14, 2007
Lagi pasal ISTAC 2007
Lepas dia tanya tu, aku pun explainlah yg aku dpt byk pingat sbb aku bwk paling byk students.
Dia mcm terkejutlah jugak. Pastu aku explainlah yang aku students aku yg masuk Istac kali ni adalah dari SKTK, Sria Kth, SKRP, SKMB, Sriaad, UiTM, Rasau and Imtiaz. Pastu AJK pun majoriti adalah murid aku di PSMZA.
Bukan nak sombonglah. Tapi murid aku dlm Istac kali ini adalah dlm 70%. Tu.... dia. Ramainya....
Jlatih lain yang mengajar di satu dua kelas pun takleh bwk. Jadi sbb aku bwk 8 kelas utk menyertai Istac ni, memang sesuatu yang aku amat boleh banggakan.
Tak guna cakap pom... pang... pom... pang. Tapi utk Istac yang setahun sekali pun takleh bwk budak. Tak guno jang.....
Masa Hj Saiful bagi sijil utk budak-budak pada jlatih masing-masing pun dah boleh nampaklah bagi yang buka mata. Org lain punya sijil nipis-nipis je. Aku punya... tu dia... adalah tebal dalam 2 inci setengah. Tak caya ke..... Suka hati koranglah....
Thursday, July 12, 2007
Jitra oh Jitra
Satu yg baguih pasai tempat ni adalah kos sara hidupnya yang murah sedikit dari tempat asal aku. Dungun TRG. Air teh O br 50 kupang. Nasi lauk ayam bakar + sotong + kerabu taugeh+ air sirap baru RM 5.20. Kalau kat tpt aku dah 6 ke 7 RM tu. Yele... idakle muroh bebenor. Tapi kira aku buleh save dlm 4 ke 5 ringgit la sehari.
Bilik sewa aku baru RM 100 sekali ngan air dan letrik. Sewa rumah lecturer Polimas. Dia dok sorang.... Bujang tapi dah ada rumah dan kereta.
Cuma satu je yang tak dapet lagi aku nak buat. Nak kontact Jurulatih GTF kat sini. Ingat nak joint kelas diorg. Atau tolong diaorg ngajar di satu dua kelas diorg.
kalu sapa sapa tahu tlg contact aku neh. rahmang73@gmail.com
Tuesday, June 26, 2007
Sedihnya akuuuuuu
Aku bukan ape. Aku belajar amik TESL duit sendiri. Pastu aku ni dah berkeluarga dan ada anak sekolah. Pasal ape hantar aku pergi jauh-jauh tu. Lepas ni kalau performance anak aku jatuh siapa nak disalahkan. Aku ni jenis ayah yang baik. Tiap-tiap malam aku dok teman dan ngajar anak aku pasal dia punya study. Especially Bahasa Arab, Diniah punya subject dan English. Wife aku Lecturer Account. Tak tahu dia bahasa arab. Aku dulu sekolah arab. tu yang tahu tu.
Semalam aku jumpa Mr. Gopala. Lecturer aku masa amik TESL. Dia kata tu la Malaysia gomen sekarang. Orang asal belah utara taknak hantar ke sana. Aku ni yang dah ada anak isteri, rumah sendiri plak dia pergi hantar sana. Gilo apo. Pastu aku punya kelas Taekwondo yang 11 tu siapa plak yang nak take over. pening-pening. Nak naik gila aku mikir. Dahlah dpt surat minggu ni, minggu depan trus kena report duty.
Habis segalanya tunggang terbalik. Persatuan Belia yang aku jd pengerusi tu lps ni hancurla. Hajat hatri nak bertanding jawatan Ketua Pemuda cawangan tahun depan pun mungkin tak jadilah kot.
Tolooooonglah.
Sunday, June 24, 2007
SRIAAD
Monday, June 18, 2007
SKMB
Thursday, June 14, 2007
SRIAA Kth
Now you can see clearly who am I. The handsome guy in the middle. Not very hard to regconise isn't it. Only one adult in this picture. And of course, that is me.
Actually this is the second biggest class I coach. It contain about 80 students. Of course I do not coach this class alone. Amir is helping me since the beginning of the year. Another big class I have is SKRP. I am coaching that class together with few others. Among them is HJ Saiful, Amir, Amal, sometimes Dila, Aizuddin and Takhairi helps too. We have about 130 students in that school. I also have Imtiaz with 60 students. Aizuddin and Takhairi sometimes come and help me to coach there.
Well........ Maybe next time I will post a picture of the other class here. Till then..... wait......
Wednesday, June 13, 2007
Mandi di sungai air terjun kampung aku
Ni ha pulak masa aku ajak bebudak blackbelt PSMZA mandi kat sungai air terjun kampong aku. Yg tutup muka tu Ainurahman, blackbelt WTF. Yang tgh tu Takhairi, Blackbelt ITF. Yg hujung tu Aizuddin, blackbelt GTF.
Diaorg ni train under aku di PSMZA. Aku boleh unite blackbelt dr GTF, ITF & WTF. Jd aku tak faham kenapa ramai yg kat luar sana tak boleh buat mcm aku.
Ni pulak si Ainurahman dgn ikan baung. Masa nak mandi tu kitaorg terjumpa pancing ditinggalkan dlm kolam tu. Jd kita org nak keluarkanlah. Takut plak nanti tersangkut matakailnya kat kitaorg. Bila diangkat tgk2 ada ikan plak. Bwk naik atas tebing pastu matakailnya terlalu dalam plak. Pastu kita org putuskan talinya dkt2 ngan mulut ikan tu and lepaskan ikan tu semula dlm sungai. Yg belakang Ainurahman tu akulah tu…