Tuesday, June 26, 2007

Sedihnya akuuuuuu

Baru hari ini aku nak cerita betapa sedihnya kau bila dapat surat posting utk mengajar di Kolej Komuniti Jitra Kedahhh Nunggggg. Jauhnya........ 12 jam drive boss.
Aku bukan ape. Aku belajar amik TESL duit sendiri. Pastu aku ni dah berkeluarga dan ada anak sekolah. Pasal ape hantar aku pergi jauh-jauh tu. Lepas ni kalau performance anak aku jatuh siapa nak disalahkan. Aku ni jenis ayah yang baik. Tiap-tiap malam aku dok teman dan ngajar anak aku pasal dia punya study. Especially Bahasa Arab, Diniah punya subject dan English. Wife aku Lecturer Account. Tak tahu dia bahasa arab. Aku dulu sekolah arab. tu yang tahu tu.

Semalam aku jumpa Mr. Gopala. Lecturer aku masa amik TESL. Dia kata tu la Malaysia gomen sekarang. Orang asal belah utara taknak hantar ke sana. Aku ni yang dah ada anak isteri, rumah sendiri plak dia pergi hantar sana. Gilo apo. Pastu aku punya kelas Taekwondo yang 11 tu siapa plak yang nak take over. pening-pening. Nak naik gila aku mikir. Dahlah dpt surat minggu ni, minggu depan trus kena report duty.

Habis segalanya tunggang terbalik. Persatuan Belia yang aku jd pengerusi tu lps ni hancurla. Hajat hatri nak bertanding jawatan Ketua Pemuda cawangan tahun depan pun mungkin tak jadilah kot.

Tolooooonglah.

No comments: