KKBD tu adalah singkatan untuk Kolej Komuniti Bandar Darul Aman
Semester ni aku telah dilantik sebagai penyelaras kelab dan persatuan untuk kolej aku nilah. Jadi perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah penubuhan kelab Taekwondo KKBD. Tapi sebenarnya aku dah buat dia punya groundwork dari semester lepas lagi dah. Sebabnya dalam bulan Ogos tahun lepas ada orang letakkan proposal untuk buka kelas Taekwondo WTF. Siap ada dgn surat yang di alamatkan kepada Pengarah Kolej. Jadi aku pun berbincanglah (call) dgn Master Amir dan dia bagilah contact sorang jurulatih yang berkhidmat di POLIMAS. Selepas berjumpa dan berbincang dengan jurulatih tersebut, maka semalam aku pun naikkan notis untuk pemberitahuan kepada pelajar-pelajar yang berminat. Setakat hari ini aku baru je dapat dua orang. Harap-harap esok dan lusa akan ada ramailah yang akan mendaftar.
Kalau aku yang mengajar, aku tak kisah berapa orang pun. Tapi disebabkan aku berniat mintak tukar sebaik aku dapat surat lantikan, maka aku kenalah berbincang dengan jurulatih tempatan. Jadi ke tak jadi penubuhan kelab ni sekarang ni bergantunglah kepada samada quota yang ditetapkan oleh jurulatih tersebut dapat dipenuhi atau tidak. Dari segi kertas kerja aku dah siapkan. Cuma tunggu nak isi nama-nama AJK. Lepas tu aku bolehlah hantar untuk approval kepada pengarah Kolej.
Cuma aku agak terkilan sebab aku buat groundwork untuk penubuhan kelab ditempat orang. Dan pada masa yang sama, kelas-kelas yang aku bukak di Dungun sana berada dalam keadaan yang terumbang ambing kerana ketiadaan aku di sana. Sebabnya kelas-kelas yang aku buka di sana adalah tempat-tempat yang mana memang aku je yang buleh buka kelas. Ini disebabkan oleh PR aku dan PR orang rumah aku yang agak baik dengan pengurusan tempat tersebut. Ari tu pun orang rumah aku pun ada mention kat aku supaya memantau kelas-kelas tersebut walaupun aku tak berada di sana. Ini kerana katanya, nak buka kelas-kelas tu bukannya senang. Kena banyak kali berbincang dan bercakap dengan pengurusan tempat tu. Jadi kalau tetiba kena tutup kerana hal-hal yang tak sepatutnya, maka agak menyedihkanlah. Aku fikir ada betul jugak kata-katanya itu. Aku harap aku dapatlah bertukar ke sana secepat mungkin kerana banyak tugas yang perlu aku laksanakan sebaik aku berada di sana. Bak kata orang "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri."
Tuesday, January 22, 2008
Tuesday, January 8, 2008
Boringgggnyerrr
Ni ha, aku tengah boring ni. Dua hari lepas 7/Jan 2008, aku mai Jitra ni. Tapi yg aku nak cerita ni pasal Jalan baru yang aku ikut utk sampai ke sini. 6 Jan ari tu aku terbaca dlm surat khabar yang jalan Tasik Kenyir ke Gua Musang dah dibuka tapi belum diwartakan lagi. Maknanya buleh lalu tapi risiko tanggung sendiri. Aku pun cuba2lah lalu jalan tu. Memang syok ikut jalan tu sebab dia punya pemandangan dia mmg cantik. Buleh tgk hutan, pastu air tasik kenyir, pastu ada dua tiga air terjun sepanjang laluan tu. Tapi dia punya struktur tanah tak berapa stabil lagi. Ada dua tiga tempat berlaku tanah runtuh. Dan of course adalah diaorg tengah baiki. Maybe sbb tu tak diwartakan lagi. Jalan tu sebenarnya tak siap sepenuhnya lagi. Niat hati nak lalu jalan tu sampai ke Simpang pulai, pastu naik haigway plus sampai ke Jitra ni. Tapi bila sampai ke Felda Aring kat Gua Musang, Jalan baru siap sampai situ. Pastu kena lalu ikut jalan Felda tulah. Bila sampai dipersimpangan jalan utk ke Gua Musang aku call abang ipar aku. Sbb dia pernah lalu jln tu utk ke Cameron Highland. Kat simpang tu ke kiri ke Gua Musang (48 km) ke kanan ke Kuala Krai/Kota Baru. Dia kata utk ke Cameron dalam 2 jam ke kiri. Aku kira2 mungkin ambik masa dlm 3 jam utk sampai Simpang Pulai. So aku ambik keputusan ke kanan. Ada dalam 40 km gitu ada simpang ke Dabong(50km) /Jeli (100km). So aku ikut jalan tu. Last2 sampai ke Jeli kat stesen minyak shell tepi jalan yg biasa aku lalu utk balik trg tu dalam pukul 4 ptg. Oh ya lupa nak bagitau. Aki bertolak dari Dungun dalam kul 10.30 pg. Lalu ikut Tok Kah, Jerangau dan trus ke Tasik Kenyir. Dah sampai situ aku kira2 dapat jimat dalam 1 ke 1 1/2 jam perjalanan kalau compare ikut jalan biasa (Dungun-K.Berang - Setiu-Besut-Pasir Putih-Machang-Jeli) So oklah tu. Dah sampai kat Jeli tu, aku ikut jalan biasalah. (Jeli-Gerik dan strusnya)
Tapi nak pesan satu. Pastikan kereta dalam keadaan baik, tangki minyak penuh(isi siap2 kat pekan Kuala Berang), Kalau buleh bawak bekallah sikit. Sebab dari Tasik Kenyir Sampai felda Aring memang tak ada apa2 kedai pun. Kalau keta breakdown ka, lapar ke, tanggung sendiri. Stesyen minyak pulak dah sampai Dabong baru ada rasanya.
Oklah tu. Nanti aku cita lagi.
Tapi nak pesan satu. Pastikan kereta dalam keadaan baik, tangki minyak penuh(isi siap2 kat pekan Kuala Berang), Kalau buleh bawak bekallah sikit. Sebab dari Tasik Kenyir Sampai felda Aring memang tak ada apa2 kedai pun. Kalau keta breakdown ka, lapar ke, tanggung sendiri. Stesyen minyak pulak dah sampai Dabong baru ada rasanya.
Oklah tu. Nanti aku cita lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)