KKBD tu adalah singkatan untuk Kolej Komuniti Bandar Darul Aman
Semester ni aku telah dilantik sebagai penyelaras kelab dan persatuan untuk kolej aku nilah. Jadi perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah penubuhan kelab Taekwondo KKBD. Tapi sebenarnya aku dah buat dia punya groundwork dari semester lepas lagi dah. Sebabnya dalam bulan Ogos tahun lepas ada orang letakkan proposal untuk buka kelas Taekwondo WTF. Siap ada dgn surat yang di alamatkan kepada Pengarah Kolej. Jadi aku pun berbincanglah (call) dgn Master Amir dan dia bagilah contact sorang jurulatih yang berkhidmat di POLIMAS. Selepas berjumpa dan berbincang dengan jurulatih tersebut, maka semalam aku pun naikkan notis untuk pemberitahuan kepada pelajar-pelajar yang berminat. Setakat hari ini aku baru je dapat dua orang. Harap-harap esok dan lusa akan ada ramailah yang akan mendaftar.
Kalau aku yang mengajar, aku tak kisah berapa orang pun. Tapi disebabkan aku berniat mintak tukar sebaik aku dapat surat lantikan, maka aku kenalah berbincang dengan jurulatih tempatan. Jadi ke tak jadi penubuhan kelab ni sekarang ni bergantunglah kepada samada quota yang ditetapkan oleh jurulatih tersebut dapat dipenuhi atau tidak. Dari segi kertas kerja aku dah siapkan. Cuma tunggu nak isi nama-nama AJK. Lepas tu aku bolehlah hantar untuk approval kepada pengarah Kolej.
Cuma aku agak terkilan sebab aku buat groundwork untuk penubuhan kelab ditempat orang. Dan pada masa yang sama, kelas-kelas yang aku bukak di Dungun sana berada dalam keadaan yang terumbang ambing kerana ketiadaan aku di sana. Sebabnya kelas-kelas yang aku buka di sana adalah tempat-tempat yang mana memang aku je yang buleh buka kelas. Ini disebabkan oleh PR aku dan PR orang rumah aku yang agak baik dengan pengurusan tempat tersebut. Ari tu pun orang rumah aku pun ada mention kat aku supaya memantau kelas-kelas tersebut walaupun aku tak berada di sana. Ini kerana katanya, nak buka kelas-kelas tu bukannya senang. Kena banyak kali berbincang dan bercakap dengan pengurusan tempat tu. Jadi kalau tetiba kena tutup kerana hal-hal yang tak sepatutnya, maka agak menyedihkanlah. Aku fikir ada betul jugak kata-katanya itu. Aku harap aku dapatlah bertukar ke sana secepat mungkin kerana banyak tugas yang perlu aku laksanakan sebaik aku berada di sana. Bak kata orang "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri."
Tuesday, January 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Boleh tak kalau saya mintak salinan softcopy kertas kerja penubuhan kelab teakown-do
erizman@pmm.edu.my
Post a Comment