Wednesday, February 27, 2008

Aku Dapat Surat tawaran lantikan

Semalam aku dapat surat tawaran lantikan sebagai PPPS DG41. PPPS tu singkatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Nak kena buat med check up lagi ni. Pastu br boleh hantar dan kena tunggu surat lantikan barulah dengan rasmi aku sebagai PPPS DG 41 sebelum ditukar lantik sebagai DH 41.

Bulan ni adalah bulan yang agak sibuk di KKBD ni. Minggu ni aje ada 3 event. Perasmian Sukan, Minggu Senibina dan Pilihanraya KKBD. Aku terlibat secara langsung jadi AJK dalam 2 event iaitu Sukan dan Pilihanraya. Manakala utk Minggu senibina pula aku jadi bowlers mewakili salah satu kelas SPS dalam kategori Lecturer.

Berita baik utk perkembangan Taekwondo. Setelah diwajibkan semua pelajar masuk aktiviti Ko-kurikulum bagi mendapatkan markah 20% dalam Pembangunan diri, maka barulah ramai yg masuk. Tp aku rasa tak sempatlah bt grading sem ni. Tapi takpalah. Harap2 ini adalah sebagai permulaan yang baik.

No comments: