Friday, April 25, 2008

Aku dah dapat Surat pengesahan latikan ha ha ha ha

Yahoooooo!!!!!
Aku dengan rasminya telah dilantik sebagai PPPS DG41 setelah dapat surat pengesahan lantikan minggu lepas. Aku juga telah sain surat tukar opsyen kepada skim DH41 yang membolehkan aku mendapat 3 kenaikan gaji tahun ni. Horeyyyy!!!!!!

Aku juga telah mengisi borang untuk bertukar ke Terengganu. PSMZA. Kalau ada rezeki (harap2 adala) bulan Julai ni aku bertugaslah di negeri tanah tumpah darahku. Mintak tolong korang suma doakan agar aku boleh tukar.

Sudah tentunya aku akan mengajar semula di kelas2 yang aku tinggalkan masa aku mai Jitra ni. SRIAAD, Rasau, PSMZA dan aku akan buka semula di UiTm yang telah mati sebab aku tak latih.Dan aku bercdg nak buka kat SK batu 7.

Wahai anak2 muridku di Dungun Terengganu, tolonglah berdoa semoga Sir dapat tukar balik ke Dungun TERENGGANU secepat yang mungkin.

Aku rindu kepada anak2 murid aku di Terengganu. Rindu juga nak aktif semula dlm Taekwondo di Terengganu. Cian kat Hj. Saiful.... Kerja keras sorang2 jeee dia. Yang lain ada jugak kerja, tapi tak sekuat dia untuk membangunkan Taekwondo. Aku memang respettttttt habisss kat dia.
Moga2 Hj. Saiful cepat2 dapat naik 4th Dan. Hidup Hj. Saiful Nizam Hj. Ashaari!!!!!!!!!!!!!!!!
Wa caya sama lu.........

Aku memang nak sangat tulun dia memajukan Taekwondo di Terengganu. Sbb aku dok perati lps aku mai Jitra ni macam down sikit Taekwondo di Terengganu. Yelah.... Harap Hj. Saiful sorang2 je mana nak naik. Yang lain tu ramai lagi yang muda2. Tapi taknak ngajar byk kelas. Tak tahulah. Maybe diorg sibuk kot.

Takkan nak suruh Sir Najmi ngajar byk2 kelas tu kot. Dia dah byk berkorban utk Taekwondo di Terengganu. Dah 30 tahun dah. bagilah dia berehat dan menikmati hidup dia.

tak tahulah. Harap2 aku dapat melahirkan ramai jurulatih untuk mencurahkan bakti di Terengganu. Aminnnn....

No comments: