Ni ha...
aku nak share pengalaman pergi bercuti ke Cameron Highland masa cuti sekolah 27 - 30 May 2008. Bukannya ape. Kot2 ada geng2 yg nak pi jugak, senang sikit. Dah ada refrence. Especially geng2 Terengganu. Sbb buleh dpt tips2 jalan dan jangkamasa perjalanan.
Okey. Aku bertolak dr Dungun Terengganu menghala ke Ajil melalui Kg. Tok Kah di Simpang Kg. Pulau Serai (Dpn Loji NST lama). Dari situ akan tembus ke Jerangau dan trus ke Ajil. Bertolak dr Dungun dlm 11 pagi. Geng Kemaman bolehlah ikut trus jalan Jerangau Jabor trus ke Ajil.
Kami makan t/hari di Pekan Kuala Berang dlm 12.30 t/hari. Makan di taman selera Kuala Berang. Mahal gila. Aku ngan wife dan anak umur 10, 6 dan 2 tahun makan kena dekat2 RM 20. Tak silam RM 17. Kalau boleh makan masa di Bukit Diman atau Jerangau lagi baik. Murah sikit. Lepas Pekan Kuala Berang dah tak byk kedai makan. Lps jambatan aku pusing kanan menghala ke Kuala Ping/Tasik Kenyir. Lepas tu bila jumpa simpang masuk ke Tasik Kenyir truslah masuk ctu. Sampai satu simpang Y tu trus amik kanan. Yg kiri tu ke pengkalan Gawi. Kanan ke Gua Musang. "Awas jalan ini belum dibuka secara rasmi lagi. Pengguna yang melalui jalan ini atas risiko sendiri" . Tu tanda amaran sblm masuk jln tu. Maknanya jalan ni insurans tak cover. Minyak ke pastikan sekurang2nya separuh tangki sblm masuk jln ni. Stesyen minyak terakhir adalah di pekan Kuala Berang. Kalau geng dr Kuala Terengganu takyah ikut Kuala Berang. Boleh masuk ikut simpang Sungai Tong trus ke Tasik Kenyir.
Lalu ikut jalan ni dlm 1 jam akan sampai ke Felda Aring di Gua Musang. Dari Felda tu ke jalan besar Kota Bharu Gua Musang lagi 1/2 jam. Jln ni teruk sikit sbb lori balak byk guna jln tu. Byk kaw jln pecah2. Keta lowered tu kena jln slow2lah. Bila sampai simpang jln besar tu amik ke kiri utk ke Gua Musang. Ke kanan menghala ke kuala Krai, Kota Bharu dan Jeli serta Tanah Merah. (Jln yg selalu aku gna nak ke Jitra ikut Grik) Dlm 3 km dr simpang tu ada stesyen minyak shell. Next Stesyen minyak adalah di Gua Musang dlm 40 km lg. Samada isi minyak di Shell tu sekurang2nya 1/2 tangki atau di Petronas Gua Musang. Ikut signboard trus hala ke cameron Highland lps Gua Musang. Next stesyen minyak adalah di Brincang Cameron Highland. Jalan dari Gua Musang ikut another Felda ( tak ingat felda apa) jln tu mcm stail ikut hutan dan ladang kelapa sawit. first time aku lalu situ, tertanya2 gak btul ke jalan ni. Tp nasib baik abang ipar aku pernah pergi lalu jln tu. so bila terasa was2 je call di utk confirmkan. Jlan tu jauh jugak tp tak ingai berapa km. Rasanya dlm 50 ke 60 Km kot. Lps tu jumpa simpang di kiri utk naik Cameron. Ikut jln tu lalu ikut kg org asli. Post Brooke dan du tiga kampung lg. Trus sampai ke Tanah Tinggi Lojing. Lps Lojin masuk sempadan Pahang iaitu kg Raja. Jumpa satu simpang lg. Klu straight ke simpang Pulai Ipoh. Masuk kiri ke Cameron. Jalan trus ikut jalan tu utk ke Brincang, Tanah Rata dan Ringlet.
Aku dok di Hotel Heritage. Satu malam dlm RM 200. tpt di Tanah Rata. hotel murah sikit hotel Iris dlm Rm 78. Lain hotel ada Equotorial, Casa De la Rosa, CH Golf Resort dan byk lg. Apartment pun byk. Harga dlm RM 300 ke atas. Ikut berapa bilik dan time peak ke tak.
tempat paling bagus utk beli barang adalah Pasar Malam. Brincang atau Tanah Rata. Brincang Isnin sampai Khamis setiap hr dr jam 4 petang. Nak beli teh ke, baju ke, sayur ke, strawbery ke, jagung ke, key chain ke, semuanya kat ctulah paling murah. Lain tpt mahal dlm RM 1 ke RM 2 utk setengah brg.
Tpt yg aku pergi, Taman Agro Mardi (jln ke hospital), kt ctu ada tanam strawbery, teh, epal, anggur, tomato, cendawan dan mcm lagilah. masuk RM 3 sorang utk dewasa. Kanak2 tak silap RM 2. Pastu aku pergi petik anggur kat EQ strawbery, sebelah Equotorial. Masuk 3 org kena deposit RM 20. Pastu kena petik sekurang2nya 1/2 kilo. Harga 1/2 kilo tu RM 20. lebih 3 org kena buat 2 group. Pastu aku gi Bharat Teh plantation. Turun bawah sikit ke arah Tapah dr Tanah Rata. Buleh tgk ladang teh sejauh mata memandang dah tgk org potong daun teh. (Pakai machine) Kalau ada kamera zoom 10x ke atas atau teropong lg bagus. Klu tak nampak org kecik cam semut jelah.Kat ctu brg mahal skit. amik gambar jelah.
Dok kat Cameron hotel dia takyah pakai aircond. sbb suhu dah mmg sejuk. Lbh sejuk dr dlm bilik rumah aku bila pasang aircond 18 C. Malam2 anak2 aku tido bagi pakai bj tebal ngan stokin. Tp aku tak apa . He he he. Sejuk kalo peluk bini le.
Makanan kat Cameron sama je ngan Dungun & Kemaman rate dia.
Klu nak rilek, bagus gi situ. Suasana nyaman. Dok 3 hari tak berpeluh sikit pun.
Minyak aku RM 100 pergi balik. Naik Myvi 1.3 auto. Perjalanan 6 jam pergi dan 6 jam balik. dinasihatkan masa pergi kena sampai cameroh sblm maghrib. sama juga masa balik rumah. kena sampai Tasik Kenyir at least sblm maghrib.
klu nak tahu lbh lanjut boleh tanya aku.
letih dah ni.
cau dulu.
Tuesday, June 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment