Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog aku ni.
Dah lama aku tak update blog aku ni.
Alih tak alih dah satu semester aku bertugas kat tanah kelahiran aku ni. dari segi perkhidmatan memang ada sedikit kejutan pada ku. Maklumlah boss baru. Cara pentadbiran lain sikit dari boss lama.
Tapi yang aku nak cerita sikit ni pasal kelas Taekwondo aku untuk tahun 2009. Insyaallah kelas sedia ada akan kekal. spt SRIAAD dan di Poli ni. Cuma lagi aku cadang nak buat 2 kali seminggu kelas di poli ni. Memandangkan aku dah dapat apa yang aku mintak iaitu jd penyelaras ko Taekwondo, maka kenalah buat kerja lebih sikit utk improvekan Taekwondo di Poli ni. Cadangnya nak buat Isnin ptg dan Rabu malam. Aku akan campurkan semua sekali budak2 kelab ngan ko-kurikulum. Pastu kelas di UiTM insyaallah akan start balik pada hari Selasa pertama bulan Januari. Cuma kelas di kampung aku iaitu Rasau tak pasti samada boleh start balik ke tak. Satunga masalah dengan tempat. Felda punya court Futsal tu tak tahulah buleh pakai ke tak lagi. Sbb masalah nga pegurusan. yelah.... kalau satu tahun pengurus rancangan sampai 5 kali bertukar. Setiap sorang lain dia punya stail. Kalau tak boleh buat kat situ, aku cadang nak gi jumpa Guru Besar sekolah rendah mintak buat kat dewan terbuka dia.
Cuma masa aku tak pasti lagi. Sbbnya cadangnya nak buat Khamis ptg lps kerja. Sbb Khamis aku balik kul 3.30 ptg. So sempatlah buat kelas lps balik kerja. Pastu camput ngan travelling time kira sempatlah ada dirumah sebelum maghrib. Tapi bergantung pulak samada coursemate aku nak travel gi Shah Alam hari apa. Kalau hari Jumaat pagi kira oklah. Tapi kalau diorang nak travel Khamis petang kena cari masa lainlah jawabnya. Oh, Ya! . Aku sebenarnya dah mendaftar jadi student Part time bagi program Master Edu. TESL di UiTM Shah Alam. Kelas 2 minggu sekali. Jumaat petang sampai malam dan Sabtu pagi till ptg. Kelas plak start awal Januari ni.
Tapi tulah.... nak coach budak2 ni bukan senang. Byk nak kena berkorban. Kalau tak tu yang cepat lari bila dpt cubaan sikit. Cam budak2 muda sekarang. Baru dpt blackbelt dah rasa semacam. Bercakap pun tak sama dah ngan masa colour belt. Ada tu coach dia dulu pun dah rasa kurang hormat. Pastu nak ngajar cuma ingat duit je. Coach je pandai tapi nak manage kelas tak reti. Tapi nak buat camna. Mungkin diorang akan belajar seiring dengan usia.
Sunday, December 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment