Friday, December 18, 2009

Hujan, Banjir dan Tahan Pukat

Hujan baru2 ni memang banyak menyebabkan kerosakan. Suratkhabar hari ni pun ada bagitau yang JKR terengganu estimate RM 50 juta utk baiki kerosakan jalan akibat dari musim hujan tahun ini.

Tempat kerja aku pulak perlukan RM 2 juta lebih utk baiki kerosakan akibat tanah runtuh dah lain2 akibat dari musim hujan tahun ini.

Aku pulak musim hujan je memang takkan lupa tahan pukat.Cuma tahun ni agak kurang sikit tahan pukat sebab takde teman. Adik aku yg selalu ikut dah kerja. Anak sedara yang selalu ikut pulak periksa SPM.

Anyway nilah sedikit sebanyak gambar yang menceritakannya.




Ni hasil tangkapan aku di satu pagi tu.







Ni le koleksi pukat aku. Ada lagi 2/3 bidang yang tak gantung kat situ







Ni rumah jiran aku. Banjir bukannya ape. Hujan lebat sangat. Longkang kecik tak dapat tampung air yang banyak.







Ni lagi satu tempat naik air tak jauh dari rumah aku







Kat main road pun melimpah air







Nun pukat aku. Nampak tak?









Ni selepas tambah satu pukat lagi. nampak tak?







Kat hujung nunglah aku tahan pukat tu.




Pukat yang aku tahan kat rumah je boleh ambik gambar. Kalau aku tahan pukat kat kampung aku (kat kebun sawit ayah aku, tak ambik gambar le. sbb jauh. 1/2 jam perjalanan) tak bwk kameralah.

Monday, November 23, 2009

Grading lagi


Students aku grading lagi. Kali ini melibatkan 20 orang kesemuanya.

13 orang dari Sek. Rendah Islam Al-Amin Dungun, 5 orang anak-anak kakitangan UiTM dan 2 orang student Politeknik.

2 orang dapat double promotion kali ini iaitu Muhsin dan Nur Farahain.

Standard kata Sir Hj Saiful agak menurun. Ini kerana cuti sebulan bulan puasa dan juga preparation budak2 untuk peperiksaan akhir tahun.

tapi aku berpuas hati kerana tahun ni dapat mengadakan 2 kali grading berbanding tahun lepas yang hanya sekali.

Bukan tidak mahu membenarkan budak2 grading selalu. Tetapi tahap yang ditetapkan oleh PTNT menyebabkan aku kena pastikan mereka benar2 mencapai standard yang diperlukan. Ini bukan benda yang tak baik. Kerana polisi inilah Terengganu sentiasa dapat mengatasi negeri2 lain yang mempunyai lebih ramai pelajar dalam kejohanan kebangsaan saban tahun.

Anyway disertakan sedikit gambar untuk tatapan kawan2 pembaca sekalian.

Tuesday, October 27, 2009

Perkelahan Kelab Taekwondo PSMZA

Sabtu baru ni aku bawak student2 aku gi picnic kat sungai batu kat kampung aku Felda Kerteh 3.

Mandi puas2. Sampai kt situ pkl 10 pagi. Balik pukul 4 petang. sembahyang zohor pun kat situ.
Seronok tengok budak2 tu gembira.Sambil2 kami ber BBQ.

Sunday, October 4, 2009

Raya

Raya tahun ni rasa tak seperti tahun-tahun sudah. Satunya disebabkan ketiadaan Ibu yang meninggal pada bulan April yang lalu. Amat terasa sekali kehilangan Ibu pada hari raya ini. Mungkin kerana tahun ini adalah tahun pertama kami beraya tanpa Ibu.

Keduanya adalah kerana kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan pengajian separuh masaku. Aku hanya beraya sehari sahaja iaitu pada hari raya pertama. Raya kedua bila isteriku mengajakku ke rumah abangnya yang mengadakan rumah terbuka, ku katakan bahawa aku perlu menyiapkan tugasanku kerana dua minggu selepas raya aku mesti menghantarnya. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkannya pada masa yang ditetapkan.

Hari raya ketiga pula Abah ku melangsungkan perkahwinan dengan orang Merchang. Dari rumah mak mentuaku terus aku ke Merchang yang kebetulan berada dalam perjalana untuk balik kerumahku di Dungun. Keesokannya pula sibuk menyiapkan rumah abahku dan hidangan untuk majlis di rumah abahku pula.

Tahun ini beberapa orang jiranku mengadakan rumah terbuka. Aku tidak dapat buat rumah terbuka kerana kesibukan belajar. Jumaat akan datang ni pun aku masih ada lagi satu jemputan ke rumah terbuka.

Sewaktu sibuk mengemaskan barang-barang selepas majlis hari raya di Jabatan ku rabu lepas, kakiku pula terseliuh. Sudahnya hari Khamis tu aku MC sebab kakiku bengkak walaupun dah pergi berurut pada malamnya. Tiket untuk ku ke Shah Alam bagi menghadiri kelas Masterku ju terpaksa ku jualkan. Terpaksa ku menelepon pensyarahku memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke kuliah disebabkan keadaan kakiku.

Hari ini pula bila saja melangkah masuk ke pejabat, audit dalaman pula sudah bermula. Hai!! kacau betullah. Fail kualitiku tidak lengkap menyebabkan aku sentiasa berdebar-debar takut-takut aku dipanggil untuk di audit.

Banyaknya kerja yang belum siap. Assingment budak pun berlambak-lambak lagi belum diselak. Fail penyelaras kelab dan persatuan pun belum dimulakan. Salahkah aku. Tak jugak. Sebabnya sebagai orang baru aku terlalu dibebani dengan tugas2 sampingan. Orang lain cuma ada satu atau dua sahaja tugas sampingan. tetapi aku sampai enam sekali. Walaupun begitu aku tidak diberikan pengurangan jam mengajar. kerana apa?? kerana aku pensyarah Bahasa Inggeris. Pensyarah Bahasa Inggeris amat kurang ditempat kerja aku sehinggakan terpaksa mengupah pensyarah sambilan seramai lapan orang. Ditambah pula dengan tiga orang pensyarah wanita yang bersalin pada masa yang agak serentak sekaligus.

hai......

Apa nak buat.

Tuhan...... Tabahkanlah hatiku.

gambar raya ada sikit kt sini. silakanlah tatap.


Sunday, August 2, 2009

Sport Science Seminar

I went to this seminar which was held on 15 - 17 July 2009. It was held at RiverviewHotel Kota Bharu Kelantan.

There were many people presented their research paper. from all over the world. I saw a few research on Taekwondo from a few local University i.e UTM and UKM (poster presenter).

I have a chance to met with Marjan Abdullah, former Malaysian Judo athlete (he is from Kg. Limbong, Paka, Terengganu and I didn't know that before) and Hidayat Hamidun, former Malaysian weight lifter. Both are coaches at SSBP (Sek. Sukan Bandar Penawar) now.

We can learn a lot of thing from research paper presented in this seminar. But it was sad that I did not see anybody from JPPKK and MGTF that I know attended this seminar.

Anyway below is few picture taken at the seminar.



Monday, June 29, 2009

Upgrading Test

Ni cerita pasal Grading pada 26 Jun 2009 ari tu. First time 2 students dr SRIAAD dan 2 Students dari UiTM dpt Double. Sebelum ni baru ada 2 orang dari SRIAAD dpt double. (Grading lain2) Manakala UiTM tak pernah lagi yg ada dpt double. Kira bangga gak ah tok guru dia ni. Pastu siap dpt pujian lagi dr Examiner. Sir Tn. Hj. Saiful.

Tapi bukan senang nak dpt tau. Dari awal tahun baru skrg Grading. Infact dari Grading bulan Mei tahun lepas baru lening grading pulok.

Tapi ari tu ada jugak aku bt kelas tambahan. Cam sekolah lak. Hari Rabu 24 ngan Khamis 25 Jun aku suh budak2 yang agak tak berapa mahir @ ingat pattern ngan kick dan step sparring gi umah dr pkl 5.30 sampai 6.30 ptg utk extra kelas.

Pastu Khamis 25 jun tu lps training kul 6.30 tu, ada lagi parents yg hantar anak dia ke rumah dlm pkl 9.30 mlm. Nk train utk grading esoknya. Tu dia... Sampai kul 11.00 mlm baru balik.
Penat woooo...
Tapi apa nak buat. Nak tolak kesian pulok.

Apa-apa pun tgklah gambar 2/3 k3ping ni. Wife aku yg jd cameraman. cuma dia agak terkilan tak dpt amik gambar anak kedua aku grading. Sbb Sir Hj. sampai awal sgt. Jadualnya pkl 10 pg
9.45 Sir Hj dah terpacak dlm dewan.

Dia pulok masuk dewan pkl 10.00 pg. So terlepaslah.
Tk byk gambar. Wife aku byk amik video clip je.

Tuesday, June 23, 2009

Kejohanan MGTF Kebangsaan 2009 (Sambungan)


Antara bloggers yg aku jumpa masa kat Shah Alam ni adalah Sir Nordin. Dari Smart TKD.







Adam pun ada jugak kat situ. Tapi dia sibuk sgt sbg organiser. So tak sempatlah aku nak ambik gambar ngan dia.

Ni adalah kejohanan kebangsaan yang pertama aku gi tengok. Dan dari segi standard dia memang tak spt yang aku sangkakan. Aku ingat standard dia tinggi. Tapi aku hampa. Lebih kurang cam yang aku pi Penang bulan feb ngan April itu hari je.

Dalam ramai j/latih dan peserta yang aku jumpa ada macam2 perangai. Ada tu cam buat dek je bila aku diperkenalkan pd dia. Maklumlah. Siapalah aku. Cuma 2nd Degree Holder. Tak tahulah pulak dia tu brp Degree blackbelt. Tunggulah 10 tahun lagi..... huh... Aku akan jadi Professor masa tu.

Ada lagi satu insiden sorang mamat ni cerita apa ntah kat Master Najmi. Pastu bila aku masuk dewan Master trus panggil aku. Dia introduce aku dan ckplah aku ni sejawatan ngan mamat tu. Cuma tempat bertugas je lain2. Master trus suh mamat tu cerita kat aku apa yg diceritakan pada dia. Trus berubah muka mamat tu bila tahu aku ni rakan sejawatan dengan dia.
Pastu trus dia blah. He he he.... Pandai jugak Master aku ni. Takyah ckp "kau ni autalah". Tapi dgn memperkenalkan aku ngan mamat tu secara tak langsung mungkin katanya "takyah auta akulah, student aku ada gak sama jawatan ngan kau. Cuma tempat bertugas je lain".

Pastu aku juga gembira dengan kehadiran rakan Taekwondo di Trg iaitu Buden dan Tun. Maknanya diorang masih nak aktif lagi ngan Tkd ni. Kalau ada peluang mungkin buleh aktif balik tu. Aku ada jugak ajak Tun amik 3rd Dan bersama2 dgn aku.

Cuma aku tgk mmg byk muka2 lama yg masuk. Mungkin inilah kerja coach bawahan cam aku ni. Kena cungkil bakat2 baru utk diketengahkan. kalau tak takkan coach peringkat Negeri cam Hj saiful n Master Najmi nak cungkil dari bawah sampai atas.

Kalaulah aku dapat ngajar jugak kat UiTM Dungun, maybe lebih ramai lagi choice aku. Skrg budak remaja aku cuma ada Poli je. Harap2 berjayalah aku dpt UiTM ni. Dah cuba lama dah ni. masih belum berhasil.

Cuma aku team yg dpt champion tu maybe sbb pengadil ramai dari negeri diorang. Yelah kalau dah centre judge, ketua juri dan satu corner judge dari negeri dia mmg ada peluang besarlah diorang menang. Maybe kalau kat Trg pun ramai yang 4th Dan ke atas, Trg pun buleh jadi juara keseluruhan gamaknya. he he he Tu pendapat aku jelah....


oopppsss... Lupa lak.

Sempat jugalah jumpa Master Amir. Bincang sikit pasal event utk next 6 month.
Katanya ada dua event besar. Lepas raya Kejohanan antara IPTA. Dan bulan Dec, MSP.

Monday, June 22, 2009

Kejohanan MGTF Kebangsaan 2009

Aku memainkan dua peranan pada kejohanan ini iaitu sebagai Team Manager untuk pasukan Terengganu dan Pegawai Pengiring utk budak-budak aku. Team Manager tu dalam urusan tempat tinggal peserta team Terengganu. Sampai ke sana aku jadi penyokong je. Nasriah Najmi yang uruskan byk perkara masa kejohanan itu.

Banyak pengalaman yang dapat sewaktu kejohanan tu. Antaranya dapat jumpa kawan-kawan lama dan kawan2 bloggers. Antaranya yang baru terjumpa selepas last jumpa masa belajar kat ITM awal tahun 1990an dulu adalah Lukman. Dia dah 4th Dan sekarang. Sama cam Ali Khir yang dah 4th Dan. Cuma Ali bernaung di bawah DTA manakala Lukman bernaung di bawah Eizam.


Klu tengok gambar ni yang paling kiri sekali tu adalah Ali Khir, sebelah dia tulah aku, then Shahriman (tgh buat Phd kat Norway skrg), sebelah dia Eizam (2nd ke 3rd Dan ms tu), yg perempuan tu Ros rasanya, sebelah yang perempuan tu aku lupa nama (chef ni) dan yang paling kanan sekali tu Lukman. Gambar ni di ambil pd tahun 1994.




Yang ni Ali Khir. Gambar ni diambil masa Kejohanan Jemputan Kebangsaan UiTM Penang bulan Feb 2009.








Yang ini Lukman yang diambil sewaktu jadi corner judge masa kejohanan kebangsaan baru2 ni.






Yang ni pulak Sifu Eizam.

Kira untung jugaklah aku. Dpt berguru dengan 2 orang yang pernah mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia. Iaitu Eizam dan Hj Saiful.

Monday, June 15, 2009

Aku Berjaya. Yahoo!!!!!!!!

Awal minggu lepas aku terima sms ni " Utk makluman, kami tlh menerima aduan dr pihak tuan & MPD membuat keputusan m'benarkan pihak tuan menyewa Dwn Sivik Bt. 48 mulai Jun 09. STK"

Sebenarnya selepas aku tidak dibenarkan menyewa dewan tu pd bulan April hari tu sehingga terpaksa pindahkan kelas tu ke rumah, aku terus masuk ke dalam portal kerajaan negeri Terengganu dan buat aduan menggunakan e-aduan. Selepas tu hantar satu salinan ke e-mail Menteri Besar (alamat e-mail dpt dlm portal tu jugak). Lepas dua bulan baru diorang mengelabah. He he he

Di bawah ni antara tulisan aku ( di edit sikit utk mengurangkan sensitiviti) dalam aduan tu. ( Yg email ke MB tu aku tambah sikit cerita yg aku pernah jd Jlatih anak dia 2 tahun lepas masa dia blm jd MB lg di SKTK Kemaman).

Assalamualaikum,
Saya merasa agak terkilan terhadap sikap yang ditunjukkan oleh pengurusan Majlis Perbandaran Dungun yang bersikap mementingkan diri sendiri dan mengenepikan kepentingan orang ramai dalam penyewaan Dewan Batu 48 Dungun. Saya adalah seorang kakitangan (tutttttt) di Dungun. Disamping itu saya juga adalah seorang yang aktif dalam seni Taekwondo.Saya melatih beberapa kelas di daerah Dungun termasuk beberapa sekolah dan badan kerajaan di daerah Dungun. Pada bulan Januari lalu, saya telah menyewa Dewan Batu 48 untuk kelas taekwondo bagi murid-murid Sek. Rendah Islam Al-Amin Dungun.Saya hanya menyewa pada setiap Isnin pukul 5.00 ptg hingga 7 ptg sahaja. Malangnya penyewaan tidak dibenarkan lagi pada bulan Februari dengan alasan Kelab Sukan MPD ingin menggunakan dewan untuk bermain Badminton. Jika ingin menyewa dewan kami di sarankan untuk menyewa Dewan Bijangga atau Dewan Seberang Pintasan. Saya akur dan menyewa gelanggang tenis diluar dewan (Masih dalam kawasan pagar Dewan Batu 48) untuk kelas Taekwondo tersebut. Malangnya pada bulan April 2009, saya telah tidak dibenarkan untuk menyewa gelanggang tenis tersebut tanpa alasan diberikan. Disebabkan oleh itu saya terpaksa mengalihkan kelas tersebut ke halaman rumah saya yang berkebetulan berada tidak jauh dari rumah (tuttt) iaitu Ketua (tutt) bahagian Dungun. Kemusykilan saya adalah:


1. Kelas Taekwondo saya mempunyai seramai 30 orang murid (dari lebih kurang 25 keluarga). Apakah 6-8 orang ahli Kelab Sukan MPD itu lebih penting dari 25 keluarga dari segi undi dalam pilihanraya? Padahal kenapa tidak disuruh 6-8 orang itu yang bermain di Dewan Bijangga atau Dewan Seberang Pintasan. Adalah lebih mudah dari segi logistik berbanding 30 orang budak sekolah yang masih kecil.

2. Dari maklumat tidak rasmi yang saya terima. Sebab saya tidak dibenarkan menyewa Gelanggang tenis di luar Dewan Batu 48 adalah kerana ada beberapa pegawai tertinggi MPD ingin bermain Tenis. Dan mereka tidak mempunyai jadual tetap untuk tujuan itu. Jadi mereka ingin gelanggang tersebut dikosongkan sepanjang masa untuk mereka. Padahal saya hanya ingin menyewa hanya pada hari Isnin pukul 5.30petang hingga 7.00 petang sahaja. Adakah beberapa orang pegawai tinggi dalam MPD itu lebih diutamakan dari aktiviti 30 orang murid sekolah yang akan mengelakkan mereka dari berjinak-jinak atau terjebak dengan gejala sosial seperti lepak, rempit, dadah dan sebagainya lagi.

Saya juga adalah seorang ahli (tuttt) yang berdaftar dan memegang jawatan Pengerusi Tetap dalam salah satu cawangan (tutt) di dalam Parlimen Dungun. Semua ahli keluarga saya adalah ahli/penyokong kerajaan (tutt) yang kuat. Saya sayangkan (tutt) dan (tutt) serta tidak ingin melihat ia kalah dalam pilihanraya. Saya melihat perkara ini akan menyebabkan kepercayaan rakyat kepada (tutt) dan (tutt) akan sedikit terhakis memandangkan kerajaan Terengganu sekarang di pegang oleh (tutt). Semoga perkara ini dapat di pantau dan tindakan sewajarnya dapat di ambil.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar
Abdul Rahman bin Muhammad
Dungun, Terengganu.
019-9530857

Lps dpt sms tu aku pergi MPD dan sewa dewan (bukan court tennis) tu utk 2 bulan trus. Sblm ni kena buat sebulan-sebulan.

Tulah dia. Nak kena buat aduan baru nak bagi sewa. Bukan mintak free tu. Bayar sewa tu.....

Hai dunia-dunia.

Saturday, May 9, 2009

Rumahku Dojangku

Satu dari kelas Taekwondoku terpaksa diadakan di rumahku bermula awal bulan April 2009. Ini adalah kelas di Sek. Ren. Islam Al-Amin Dungun. Tahun lepas kelas ini diadakan di Sekolah. Tapi tahun ini SRIAAD mengalami kekurangan kelas. Ini kerana permintaan yang mengalakkan dari parents yang nak anak2 mereka belajar disitu. Jd dewan sekolah telah di renovate buat kelas. Manakala dewan baru hanya akan siap pada tahun 2010. Setelah bangunan baru yang dalam pembinaan sekarang ini siap(di jangka siap pada awal tahun 2010).

Jadi aku pun menyewa Dewan Majlis Perbandaran Dungun untuk tujuan latihan. Pada bulan Januari aku dibenarkan menyewa dewan. Jadi latihan di buat di Dewan Batu 48. Kemudiannya pada bulan Feb aku tidak lagi dibenarkan menyewa dewan dengan alasan ahli2 Kelab sukan MPD mengunakkan dewan pada waktu sama untuk bermain badminton. Oklah. Aku minta untuk menyewa gelanggang tenis diluar dewan. Dapatlah sewa utk bulan Feb dan Mac.

Tetiba pada bulan April aku tidak dibenarkan pula utk menyewa gelanggang tenis tersebut. Tiada alasan yang diberikan. Tapi drp apaa yang dicritakan oleh penjaga dewan, ada pegawai tinggi dlm MPD mahu bermain tenis pada masa luang mereka. Dan mereka mahu gelanggang tenis itu sentiasa kosong supaya mereka boleh bermain bila2 masa yang mereka rasa nak main.
Memang kecewa. Tapi malas nak fikir byk2.

Last2 sekali aku buat kat rumah aku jelah. Sementara tunggu dewan sekolah siap pada awal tahun depan. Kerana ruang yang agak terhad, terpaksalah aku bahagi dua kelas tu. (30 orang murid). Yang talipinggang putih berlatih dlm rumah. Manakala calit kuning ke atas di luar (tempat parking kereta). Itu pun nasib baik ada assistant.(Students aku kat PSMZA). Kalau tak susah jugalah. Anyway inilah gambar2 yang diambil sewaktu latihan.










Shams Seminar 2 May 2009

Seminar at Sek. Men. Keb. Agama Sheikh Abdul Malik.

It is good to see all active Terengganu Taekwondo practitioner at this seminar. Especially Master Najmi and Sir Hj. Saiful.

So guys, if anyone doubt about the relationship between Master Najmi and Sir Hj. Saiful, pls look at this pictures carefully.









More picture can be found in my picasa album

http://picasaweb.google.com/rahmang73/ShamsSeminar2May2009#

Monday, May 4, 2009

Kejohanan PG Global Academy di PSP

Sebenarnya aku malas nak komen post pasal ni. tapi since Ayasu kuro Obi dah kata more detail dlm blog aku, so terpaksalah. Bukannya ape. Aku sebenarnya sangat kecewa dengan mutu pengadilan pada tournament ini. Masa tournament yg Ustaz buat ari tu adalah sedikit tak puas hati. tapi aku boleh pujuk lagi hatiku yang kecewa ini. tapi yang ini memang tersangat pedih. Dulu aku bwk 1 bas gi tournament Ustaz. Tournament ni aku bwk 2 bas student masuk tournament.
Dan yang paling aku kecewa adalah masa ku nak buat bantahan. Aku disuruh tulis segala details dalam kertas kosong. Pastu mintak RM 2oo.

Kalau pun nak mintak RM 200 tak pe. Tapi bagilah proper forms. Ni tak. Bagi kertas kosong. Pastu mintak RM 200. Ni ka standard yang nak ditonjolkan. Pada aku bagi RM 200 bagi bantahan yang di tulis pada kertas kosong. Baik aku guna RM 200 tu belanja team aku makan CharKuew Teow Penang. Lagi syok.

Apa-apa pun tengok gambar je lah. Malas aku nak ckp byk2.
Anyway team PSMZA bawak balik 4 emas, 2 perak dan 7 gangsa.
Imtiaz bwk 2 Emas, 3 perak dan 5 Gangsa.
Campur ngan under 12 dptlah spt dlm blog ayasu. 6 Emas, 6 perak, 14 gangsa.









Tuesday, April 28, 2009

Seorang lagi orang yang rapat ngan aku pergi mengadap tuhan

Seminggu selepas mak aku meninggal iaitu pada 23/4/2009, aku dapat satu lagi berita mengejutkan. Masa tu aku baru lepas beli barang2 rumah kat Mydin. Dalam pukul 9 malam gitu. Eifa, students Taekwondo aku sejak tahun 2006 dan student English aku semester ni hantar sms. Dia kata "Sir, Fiza dah meninggal. Kat hospital Dungun" Aku yang masih bersedih dengan pemergian mak aku semacam tak boleh terima berita itu. Aku pun call dia. "Kau biar betul? Tak cayalah aku. Jangan bergurau benda-benda macam ni"Tak Sir, Betul ni Sir. balas Eifa terisak-isak". "Kat mana? Sakit apa?" "Saya kat hospital Dungun ni Sir. Tak pasti sakit apa. Katanya sakit perut petang tadi."

Terus aku bergegas ke Hospital Dungun. On the way sempat call wife aku cakap aku balik lambat sbb nak gi hospital. Bila dah sampai kat Hospital tu dah ramai kawan-kawan dia kat situ. Classmate dia, kawan-kawan kat Poli. Lps call pegawai HEP ada student call kata mayat ada di unit forensik. Terus gi sana. Kejap lagi En. Zamil dan En. Yaswadi sampai. Terus aku masuk dlm bilik mayat ngan diorang utk tengok. Bila dibuka je kain penutup muka, Ya Allah! memang betul itu Fiza. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.

Aruah adalah students Taekwondo aku sejak tahun 2006 lagi. Semester ni pulak aku kebetulan ngajar English kelas dia. Bila ditanya pada ayah dia, katanya dia sakit perut dan datang hospital dgn seorg kawan pd pukul 5. Ayah dia kebetulan ada di Dungun. Dia pergi melawat dan Fiza masih boleh bercakap-cakap. Lps maghrib dia bertolak nak pergi Kemaman. Belum pun keluar dari bandar Dungun, Dr. call kata Fiza tenat. Dia pusing balik dan sempat bersama aruah disaat akhirnya. Aruah meninggal pada pukul 8 malam. Yang paling menyentuh hati aku kata ayah dia Fiza kata dia nak ikut trip ke Penang esok utk menyertai Kejohanan taekwondo di Politeknik Seberang Perai. Ramai pensyarah dan rakan-rakan aruah datang ke hospital malam tu. Congak2 adalah dalam 200 orang. Mengikut berita yang diterima kemudianya aruah memang mengidap barah usus.

Malam tu Eifa gi rumah sewa aruah dan kemaskan barang2 dia. Family dia tak sempat kemaskan sbb sibuk uruskan mayat. Pkl 12 malam pun belum dpt keluar lagi dr Hospital lagi. Pagi esoknya bawak barang2 dia naik bas dan singgah rumah dia utk ziarahdan hantar barang2 aruah sekali. Kebetulan rumah dia diKTRG. On the way ke Penang. Motor dia aku suruh Amir (Taekwondo Student) bawak sampai ke KTRG. Masa kami sampai tu mayat tengah dikafankan. Lps sembahyang dan masuk keranda, aruah dibawa dengan van polis ke kubur. Sblm van bertolak kami mintak diri dr ayah aruah sbb perjalanan kami masih jauh.

Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang2 yang soleh... Amin.... Alfatihah.....



Kami merinduimu Fiza.

Sunday, April 19, 2009

My mom passed away on 16 April 2009

My beloved mom passed away on 16 April 2009 at 2.10 a.m. She was 63. It is due to the lung problem. She suffered athma and efusi pleura (paru-paru berair) since 10 years ago. She was critically ill since 9 April.

I remember when I was doing my Diploma in early nineties she always take a shower at night. Sometimes even 10 at night with cold water (no water heater at my parent house at that time). I remember I told her not to bath at night because it can cause illness but she said she feels too warm. So to cool down she takes a bath.

My father was also a heavy smoker before he quit about 15 years ago after he was admitted to the hospital for 2 week due to lung problem.

So to all my friends & students out there please stop smoking and don't go near to any smokers while he/she smoke and don't take shower at night with cold water.

Oh Mother, I miss U............

Tuesday, April 7, 2009

Isu PPSMI 2

Post ini dipetik dari komen Ayasu Kuro Obi dalam post PPSMI aku yang terdahulu.

Silalah baca dan renung-renungkannya.

Somebody sent me this :-

Recently there is a lot of support calling for the reversal of teaching math and science in English.
Much of these support comes of intellectual who has never studied any form of science or math in their respective college or University.

Take for example the recent PPSMI forum which was supposed to be attended by Anwar Ibrahim but was replaced by Syed Husin ALi.

Syed Husin Ali is a Professor of Anthropology and Sociology from University Malaya. What science or mathematics is there? In fact I had to look at the dictionary to understand the meaning of Anthropology.

The anthropologist Eric Wolf once described anthropology as "the most scientific of the humanities and the most humanistic of the sciences."

Zaidel describes Anthropology as a major you take in Uni if you can't do Math well but want to seem smart by having fancy words on your degree.

And Anwar Ibrahim? Degree in Malay Studies, Oiyoooo the only Math they have in Malay Studies is to calculate the amount of credit you take per semester which isn't much of a problem for Anwar because during his Uni days he spent most of them shouting slogans on the street and getting angry for no apparent reason.

Why I say getting angry for no apparent reason? Because later he Joined UMNO!!

Back to thw reason why I support the damn thing.
I came from Universiti Teknologi Malaysia and trust me when I say this that a few years back this was the most Bahasa Kebangsaan University than any other local universities combined. Let's just say the first 3 years of my Engineering days were filled with Bahasa Malaysia/Melayu jargons. Just to show you what I mean take a look at some of these examples..

Engineering Term
Capacitor - Pemuat
Resistor - Perintang
Impedance - Galangan
Current - Arus

Others include : Momen Lentur, Tegasan, Terikan, Pepejal, Dinamik Haba and etc...

I mean those Engineering Lecturer took the extra mile to translate every single damn thing into Malay and I greatly respect this. As oppose to my sociology lecturers who like to screw up the Malay Language by prostituting English words into BM.

Take for example this term "Dekadensi Moral" When I first saw that term I was thinking what the hell is dekadensi moral, a type of resistor or something? Turns out Dekadensi comes from the English word Decadence. Dekadensi Moral means Moral Decadence direct translation where as you can simply translate it into "Kemerosotan Akhlak/Moral" which is much more clear. But NOOOO he had to use dekadensi so that he would seem smart and people won't question his Associate Professorship. Then you would have other words like kompak, visi, misi, infotainment, naratif kecil, naratif besar and penkek.

At first the Lecturers (Engineering) seemed to get it all good, they managed to translate the English term to BM very well and with very clear meaning. Then Things started to change as the subject get's more complex and you get newer terms. Take for example this Subject..

"Motorolla 68000 Microprocessor"

Which translates to Mikro Pemproses Motorolla 68000"
Sounds fine....

But then as you go deeper into the subject you will find more interesting terms. For instance

Timer - The clock cycle chip you use to send timing signals to the processors. It acts like a stopwatch to the processor.

BM Translation - Pemasa. Which is fine.

Then we have things like this -
Bistable Multivibrator - Dwimantap Penggetar Pelbagai. Apo Kobondo tu Jang?

Then in microprocessor you have this term call "Interrupt" and like it's name it means to interrupt the normal cycle of the processor and tell it to focus to doing something else. Kinda like the phone rings when you are cooking, you stop cooking and answer the phone.

The Malay Jargon Interrupt would be Sampukan. Interrupt Pin - Pin Sampukan.

Sampukan? Sampuk ke? Sejak bila Mikropemproses ada pocong atau Jembalang dalam dia? Ini Electrical Engineering ka Bomoh Engineering?

Masked Interrupt - Sampukan Bertopeng.
Handshake Interrupt - Sampukan Jabat Tangan. Ko salam dengan dia lepas tu ko kena sampuk, kira dia ni macam santau laa.

Then you have this thing called "Latch" which is an output chip.
Latch in Malay is Selak.
Selak as in Selak pintu, Selak Pagar or Selak pintu Jamban.

Mula-mula baca dulu saya ingat Selak dalam erti kata Selak Kain.
Contoh - Angin bertiup kencang lalu baju kurung Fasha Sanda pun selak sikit lalu Zaidel pun telah menerima ganguan emosi akibat dari kejadian itu.

Naah see,
And it gets interesting when it comes to "Electrical Power" Subject. In there there is this chapter where they talk about CoEnergy in power transmission. Coenergy in malay is translated to Kotenaga.

Which is why when he gave the lecture my lecturer would loudly proclaim KOtenaga compare to the students who prefer to pronounce it as KOTEnaga.

3 phase Coenergy in power transmission would then become
KoteNaga 3 fasa dalam penghantaran kuasa. OIYOOOOOO, kalah Anakonda!

Just for fun here are some other Technical Jargons you can play with...

Transformer - Pengubah
Decoder - Penyahkod (Mak Nyah kot)
Multiplexer - Pemultiplex
Polarity - Kutub
Instruction Set - Set Suruhan
Components - Peranti (I bet you didn't know that)
Universal Asynchronous Receiver Transmitter (UART) - Penghantar Penerima Pemasa Serentak Am

Now try translating this
Connect Your Joy Stick into the server Port, you should find little problem with the Joystick as the server has Plug and Play mode.

Masukkan Kayu Ria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi masuk dan main.

Hambik kau!
Tu belum dia kena sampuk ke selak ke nak nak pulak ada kotenaga.

By the time I was in my 4th year,
Everything was taught in English.... SENANG!

Saturday, March 21, 2009

Isu PPSMI dan PPSMTI

Saya rasa terpanggil untuk komen tentang perkara ini setelah membaca komen dari kawan tok guru saya yang dimuatkan dalam blog beliau. Ayasu Kuro Obi. Juga setelah membaca entry Sir Nordin pasal PPSMI.

Sebelum itu saya ingin memetik beberapa ayat di dalam blog Tun Mahathir dalam entry beliau bertarikh 20 March 2009 yg bertajuk :-


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2

3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.


15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.


Sebagai seorang yang mendapat P8 didalam matapelajaran bahasa Inggeris dalam SPM dan seterusnya belajar dan berjaya mendapatkan Ijazah pendidikan TESL serta sedang belajar lagi untuk memperolehi Master pendidikan TESL, serta sebagai seorang pensyarah bahasa Inggeris di Politeknik, saya memang tidak sependapat dengan saudara Khairul kawannya Kuro Obi.

Sepatutnya saudara Khairul sedar dan rasa beruntung kerana mendapat peluang belajar di Glasgow. (Saya tak pasti beliau belajar atas tajaan siapa). Cubalah baca petikan no. 17 yang saya petik dari laman blog che det diatas.

Saya memang seratus peratus sependapat dengan Tun Mahathir. Kalaulah saya dahulu dapat belajar sains dan maths dalam bahasa inggeris, mungkin saya akan dapat gred yang lebih bagus untuk matapelajaran bahasa inggeris saya dalam SPM. Mungkin markah saya dalam subject sains dan maths saya sewaktu diploma akan lebih baik dan seterusnya saya dapat juga peluang sambung degree di luar negara seperti saudara Khairul. (Saya berkelulusan Diploma in Rubber and Plastic Technology - ITM 1995. Sewaktu saya tahun satu diploma semua subject diajar dalam bahasa melayu. kemudian tahun dua dwi bahasa. manakala di tahun tiga semuanya dalam bahasa inggeris. Pada tahun 1994 itulah bermulanya P & P dalam bahasa inggeris keseluruhannya di ITM/UiTM.).

Tetapi takdirnya tidak begitu. Ayah saya buta huruf. Tidak pernah bersekolah dan hanyalah seorang Peneroka Felda. Manakala ibu saya hanya sekolah setakat darjah dua dan tahu membaca secara merangkak-rangkak sahaja. Mungkin keadaan saya tidak sama dengan saudara Khairul. Makanya saya tidak dapat peluang belajar di luar negeri. Betapa beruntungnya saudara Khairul.

Keadaan sama telah dapat saya lihat di kalangan pelajar Politeknik. Bagi student yang terlibat dengan PPSMI, mereka kelihatan tidak takut atau segan untuk mencari bahan/nota di dalam bahasa Inggeris, tapi bagi yang agak senior dan tidak terlibat dengan PPSMI, mereka agak segan untuk mendapatkan bahan didalam bahasa Inggeris samada menerusi internet ataupun buku-buku. Dan mereka juga agak malu2 di dalam kelas bahasa inggeris berbanding junior2 mereka yang terlibat dengan PPSMI.

Selaras dengan PPSMI, kami di Politeknik juga telah melaksanakan PPSMTI (T - Teknikal) bermula pada tahun lepas. Ini kerana kami telah mula menerima pelajar-pelajar yang terlibat dengan PPSMI sewaktu di sekolah.

Jadi saya melihat bantahan yang berlaku terhadap PPSMi sekarang ini tidak lain hanyalah semata-mata gimik politik murahan pihak tertentu yang sebenarnya tidak mempunyai isu bagi menghadapi 3 pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini. Pada 2 minggu yang sudah sewaktu saya dalam perjalanan balik dari menghadiri kelas Master di Shah Alam, saya dan kawan2 bertembung dengan orang2 kampung kawan saya di kawasan rehat Temerloh. Mereka baru balik dari KL (Sebuah bas sewa khas) menyertai demonstrasi di Masjid Negara pada hari itu. Setelah bertanyakan kawan saya, barulah saya tahu bahawa mereka semuanya orang2 kampung yang belajarnya tak setinggi mana (sesetengahnya hanya setakat sekolah rendah dan SRP sahaja) dan berkerja kampung, buruh dan nelayan. Mereka pergi berdemonstrasi di KL kerana di pengaruhi oleh orang2 tertentu tanpa tahu apakah yang mereka bantah.

Sejak tahun 2003 lagi PPSMI telah dilaksanakan. Tapi mengapa sekarang baru nak berdemonstrasi, baru nak membantah?????

Mungkin perlaksanaannya ada sedikit hicup. Tapi secara dasarnya PPSMI itu adalah sesuatu yang bagus. Baikilah yang perlu di baiki. Janganlah dibakar kereta baru hanya kerana terdapat masalah pada tayarnya. Tukarlah tayarnya, mungkin akan dapat menyelesaikan masalah yang terjadi.

Wassalam

Sunday, March 8, 2009

Kejohanan Taekwondo Jemputan Kebangsaan UiTM P. Pinang

Ini cerita berkenaan Kejohanan Taekwondo Jemputan Kebangsaan UiTM Pulau Pinang baru-aru ni. Aku bawak pasukan dari PSMZA seramai 15 orang. Aku tengok PSAS bawak sekali ngan budak sekolah. Tapi aku taklehlah sbb Ahad 1/3 tu sekolah kat sini. Kalau Ustaz buat time cuti sekolah bolehlah aku bwk budak sekolah cam Kedah open tahun 2007 ari tu.

Tapi yang seronoknya dapat jumpa coach2 yang dah 6th Dan serta 5th Dan juga 4th Dan. Cam Ustaz Mansur,Din DTA, Nanda, Bala, Rosnan, Radzi dan ramai lagi.




Termasuk jugalah Ali Khir kawan lama aku masa aku buat Diploma kat ITM 91-94 dulu. Dia amik blackbelt kendian sikit drp aku. Tapi dah 4th Dan dah. he he he . Sbb dia aktif balik beberapa tahun awal dari aku.


Pencapaian students aku agak memberangsangkan. Cuma 15 orang dan masuk kategori colour belt semuanya. 2 Emas, 4 Perak dan 6 Gangsa adalah sesuatu yang boleh aku banggakan. Dari 15 orang tu, 10 orang bawa balik pingat. Cuma 5 orang je tak berpingat. Aku pun dpt pingat gangsa satu Ustaz bagi. he he he he

Ada student aku tu mmg aku tak taruk apa2 harapan utk dpt pingat. Tup tup dpt 2 Emas. Mmg tak sesia aku suruh dia jd Presiden Kelab Taekwondo PSMZA. Yg aku harap dpt pingat Emas cuma dpt perak dan gangsa je. Tapi ada dua tiga orang yang baru berlatih sehari sblm tu dpt pingat utk pattern.

Terima kasih utk Berahim, ex-student aku yg tinggal kat Kulim kerana tolong latih diorang. Yang si Berahim ni plak mmg bagusla. Dia menginap sekali ngan kami di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan dialah yang jadi penunjuk arah kat mana nak makan, jalan mana nak lalu dan siap tolong melatih budak2 aku bagi kategori pattern. Pastu bagi pinjam uniform bagi pinjam foot pad dan mcm2 lagilah. Kalau dia tak ada ari tu mmg jd kelam kabut sikitlah kami disana.

Kami juga mendapat bantuan dari anak saudara wife aku yang kebetulan belajar di UiTM Penang. Dialah yg bwk aku naik motor dia pergi beli Red Bull, Pisang dan First Aid.

Cuma Yasir iaitu blackbelt dari Kemaman je yg tak dpt aku contact. 3 no hp dia aku call, tapi hampa. Tup tup 2 hari lepas aku balik baru dia call aku. Tu lah dia... No hp tukar 2/3 kali sehari. Tengok cam aku ni. Dah 15 tahun dah pakai no sama je.

Si Yasir ni pun tak masuk tournament tu. Padahal Poli tpt dia belajar cuma 300 meter je dari UiTM tu. Sebab apa..? Cuma dia je yang tahu.



Next programe utk Kelab Taekwondo PSMZA ni adalah kami nak sewa gerai jualan masa Konvo bulan April nanti. Lps tu nak buat trip ke KL masa cuti sem bulan 6. Sekali ngan latihan bersama ngan Multimedia College. Dah call Din DTA ari tu. Cuma tunggu confirmation je lagi dari dia.

Wassalam

Monday, February 9, 2009

Coach muda

hmmmmm......
kali ni aku nak sentuh sikit pasal jurulatih baru dan muda-muda ni. dalam post aku bulan december ari tu "Perkembangan Terkini" aku ada komen sikitlah pasal coach muda dan baru nilah. Tup-tup ada sorang bekas murid aku ni e-mail aku, pastu call aku lagi. Tanya siapa yang aku maksudkan tu. Aku cakap aku tak maksudkan siapa-siapa. Tapi siapa yang makan lada dialah yang rasa pedas.

Terlanjur dah sentuh pasal ni aku nak elaborate sikitlah. Aku ni dan umur 36 tahun tapi baru 2nd Dan blackbelt. Tok guru aku baru 32 tahun tapi dah 4th Dan. Masa aku Tingkatan 5, tok guru aku baru tingkatan 1. Tapi sebab apa ku perlu hormat dia??

Pertama, dia tok guru aku. Kedua, dia 4th Dan aku 2nd Dan. Ketiga, dia kawan aku. Keempat, dia tukang grading anak murid aku termasuk anak2 dan anak2 saudara aku. Kelima, sebab aku admire dia kerana dia dpt wakil Malaysia. Dan banyak lagilah.

Adakah dia tak hormat aku sbb aku murid dia??? Tidak. Dia hormat aku sbb pertama, aku lebih tua dari dia. kedua, sbb aku kawan dia. Ketiga, sbb aku murid dia. dan juga banyak sebab lagilah.

Tapi adakah aku lebih tua dari dia maka dia akan bercakap lemah-lembut dgn aku walaupun aku buat silap??? Tidak sama sekali. Aku pernah di maki oleh tok guru aku ni dengan perkataan BERUK. Tapi adakah aku berdendam dengan dia?? Tidak sekali-kali. Sbbnya mmg aku bersalah dan juga dia dah minta maaf atas perkataan itu. Juga sbb dia tok guru aku. kalau aku berdemdam makanya aku tidak aktif lagilah dalam taekwondo ni. Jadi nasihat aku pada Coach muda dan baharu ni apa-apa yang berlaku dan tak puas hati pada sapa-sapa, takyah simpan dalam hatilah. Let bygone be bygone. Lupakan apa yang telah berlalu. Concentrate pada masa hadapan. Yang penting apakah sumbangan kita untuk memajukan seni beladiri ni. Apakah sumbangan kita pada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara??

Aku bercerita begini bukan untuk memburukkan sesiapa. Tok guru aku seorang yang baik. tapi mungkin masa tu emosi tak boleh kontrol sikit. Sekali tu je yang dia maki aku. Selain dari tu tak pernah. Tapi perkara tu tak menyebabkan aku kurang rasa hormat pada dia. Tapi bertambah adalah. Dan sekarang aku makin sayang plak ngan tok guru aku ni. Selepas beberapa tahun kenal dan train bawah dia, barulah aku faham hati budi dia. Memang seorang yg sangat prihatin dan mengambil berat pada orang lain. Juga sanggup berkorban utk orang lain.

Tapi tulah dia. Ajar remaja tak sama ngan ajar budak sekolah. Kelas budak sekolah yg aku ajar, talipinggang kuning dah hafal student's oat. tapi remaja yang masuk kelab taekwondo PSMZA ni ramai yang tak hafal. Yalah diorang datang sini ada yang dah ada basic. Ada yg t/p merah, biru, hijau, malah ada yg dah blackbelt. tapi student's oat pun tak tahu. Usahkan hafal. Tulah sbbnya bila jumpa seniorbelt dan coach lain tak nak bow tu.

Maybe benda ni kita kena buat balik ngan student kita. Macamnana Sir Hj. Saiful, Eizam dan Din. Apa pendapat Sir semua?

Thursday, February 5, 2009

Dah sebulan blog aku tak terupdate

He he he he

Rasa malu plak ngan blogger2 yang aku dok selalu baca blog diaorang. yelah, blog orang aku baca tiap2 hari cam blog Hj Saiful, Din, Eizam, Tok kapor, Cikgu lama, Adam, Amal dan byk lagi. Tapi blog aku sendiri dah sebulan lebih tak update.

Nak buat camna, sebukkk. (Alasan je tu) Ni pun dok ada di Intekma Resort Shah Alam. Ptg ni ada kelas dr pkl 4 sampai pkl 8 mlm. esok lak dari 9 pagi sampai 3 ptg.

esok plak sebenarnya aku kerja. PSMZA amik ganti hari sblm raya cina ari tu. Kami diarahkan bercuti. Tapi aku ok je. Sbb aku buleeh amik cuti tanpa rekod. Permohonan aku nak sambung belajar part time ni yang dihantar ke Putrajaya ari tu dah dapat surat kelulusan. So aku boleh amik cuti tanpa rekod 30 hari setahun untuk tujuan belajar nilah.

Berbalik kepada kelas taekwondo pulak, setakat ni kelas di SRIAAD hari Isnin 5.30 sampai 7.00, Anak2 kakitangan UiTMT selasa petang dan poli rabu malam 8 - 9.30. aku gabung sekali kelas ko ngan kelab di poli. so semua sekali ada dalam lebih kurang 100 orang student aku sekarang. Student Tkd lah. Student English ada 300 orang. Campur ngan student muet ada lagi 250 orang. So ramai jugalah student aku sem ni. Tapi takleh lawan cikgu lama. Aku ni masih baru. tak gitu cikgu lama.

Tapi yang agak mengembirakan aku adalah keadaan Kelab Taekwondo PSMZA. Selepas aku mengambilalih sepenuhnya sem ni termasuk juga koko taekwondo. Ahli Kelab telah meningkat dengan mendadak. setakat ini dah ada dalam 30 orang ahli. harapan semoga akan meningkat lagi sem depan. kalau sem. lepas tu cuma ada dalam 10 orang je ahli kelab. jadi peningkatan ni memberi aku lebih motivasi untuk meneruskan agenda mengembangkan seni bela diri ni.
Tapi ni pun berkat dari guide yang aku dapat dari tok guru aku Tn. HJ saiful jugaklah. Disamping nasihat2 dari Master Najmi. Juga dapat sedikit sebanyak cara dan ilmu melalui pembacaan post2 dalam blog2 senior coach spt Dins DTA, Eizam, Adam dan juga blog coach aku HJ. Saiful.

Tapi aku kagum betullah ngan coach aku ni. Setakat ni aku rasa dah 3 blog yang dia manage. Pastu web Taekwondo-Terengganu lagi. Hai...... hebat-hebat.

Oklah aku rasa tulah je nukilan aku setakat ni dulu ye. Nak buat assignment lak ni. Esok Dr. Parmjit nak tengok.

Terima Kasih kerana sudi membaca.