Monday, June 15, 2009

Aku Berjaya. Yahoo!!!!!!!!

Awal minggu lepas aku terima sms ni " Utk makluman, kami tlh menerima aduan dr pihak tuan & MPD membuat keputusan m'benarkan pihak tuan menyewa Dwn Sivik Bt. 48 mulai Jun 09. STK"

Sebenarnya selepas aku tidak dibenarkan menyewa dewan tu pd bulan April hari tu sehingga terpaksa pindahkan kelas tu ke rumah, aku terus masuk ke dalam portal kerajaan negeri Terengganu dan buat aduan menggunakan e-aduan. Selepas tu hantar satu salinan ke e-mail Menteri Besar (alamat e-mail dpt dlm portal tu jugak). Lepas dua bulan baru diorang mengelabah. He he he

Di bawah ni antara tulisan aku ( di edit sikit utk mengurangkan sensitiviti) dalam aduan tu. ( Yg email ke MB tu aku tambah sikit cerita yg aku pernah jd Jlatih anak dia 2 tahun lepas masa dia blm jd MB lg di SKTK Kemaman).

Assalamualaikum,
Saya merasa agak terkilan terhadap sikap yang ditunjukkan oleh pengurusan Majlis Perbandaran Dungun yang bersikap mementingkan diri sendiri dan mengenepikan kepentingan orang ramai dalam penyewaan Dewan Batu 48 Dungun. Saya adalah seorang kakitangan (tutttttt) di Dungun. Disamping itu saya juga adalah seorang yang aktif dalam seni Taekwondo.Saya melatih beberapa kelas di daerah Dungun termasuk beberapa sekolah dan badan kerajaan di daerah Dungun. Pada bulan Januari lalu, saya telah menyewa Dewan Batu 48 untuk kelas taekwondo bagi murid-murid Sek. Rendah Islam Al-Amin Dungun.Saya hanya menyewa pada setiap Isnin pukul 5.00 ptg hingga 7 ptg sahaja. Malangnya penyewaan tidak dibenarkan lagi pada bulan Februari dengan alasan Kelab Sukan MPD ingin menggunakan dewan untuk bermain Badminton. Jika ingin menyewa dewan kami di sarankan untuk menyewa Dewan Bijangga atau Dewan Seberang Pintasan. Saya akur dan menyewa gelanggang tenis diluar dewan (Masih dalam kawasan pagar Dewan Batu 48) untuk kelas Taekwondo tersebut. Malangnya pada bulan April 2009, saya telah tidak dibenarkan untuk menyewa gelanggang tenis tersebut tanpa alasan diberikan. Disebabkan oleh itu saya terpaksa mengalihkan kelas tersebut ke halaman rumah saya yang berkebetulan berada tidak jauh dari rumah (tuttt) iaitu Ketua (tutt) bahagian Dungun. Kemusykilan saya adalah:


1. Kelas Taekwondo saya mempunyai seramai 30 orang murid (dari lebih kurang 25 keluarga). Apakah 6-8 orang ahli Kelab Sukan MPD itu lebih penting dari 25 keluarga dari segi undi dalam pilihanraya? Padahal kenapa tidak disuruh 6-8 orang itu yang bermain di Dewan Bijangga atau Dewan Seberang Pintasan. Adalah lebih mudah dari segi logistik berbanding 30 orang budak sekolah yang masih kecil.

2. Dari maklumat tidak rasmi yang saya terima. Sebab saya tidak dibenarkan menyewa Gelanggang tenis di luar Dewan Batu 48 adalah kerana ada beberapa pegawai tertinggi MPD ingin bermain Tenis. Dan mereka tidak mempunyai jadual tetap untuk tujuan itu. Jadi mereka ingin gelanggang tersebut dikosongkan sepanjang masa untuk mereka. Padahal saya hanya ingin menyewa hanya pada hari Isnin pukul 5.30petang hingga 7.00 petang sahaja. Adakah beberapa orang pegawai tinggi dalam MPD itu lebih diutamakan dari aktiviti 30 orang murid sekolah yang akan mengelakkan mereka dari berjinak-jinak atau terjebak dengan gejala sosial seperti lepak, rempit, dadah dan sebagainya lagi.

Saya juga adalah seorang ahli (tuttt) yang berdaftar dan memegang jawatan Pengerusi Tetap dalam salah satu cawangan (tutt) di dalam Parlimen Dungun. Semua ahli keluarga saya adalah ahli/penyokong kerajaan (tutt) yang kuat. Saya sayangkan (tutt) dan (tutt) serta tidak ingin melihat ia kalah dalam pilihanraya. Saya melihat perkara ini akan menyebabkan kepercayaan rakyat kepada (tutt) dan (tutt) akan sedikit terhakis memandangkan kerajaan Terengganu sekarang di pegang oleh (tutt). Semoga perkara ini dapat di pantau dan tindakan sewajarnya dapat di ambil.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar
Abdul Rahman bin Muhammad
Dungun, Terengganu.
019-9530857

Lps dpt sms tu aku pergi MPD dan sewa dewan (bukan court tennis) tu utk 2 bulan trus. Sblm ni kena buat sebulan-sebulan.

Tulah dia. Nak kena buat aduan baru nak bagi sewa. Bukan mintak free tu. Bayar sewa tu.....

Hai dunia-dunia.

3 comments:

Unknown said...

uish... pedas gak komen.Baguih jang!! makcik sokong! Kalau tak komplen, depa tak layan!

Ayasu Kuro-Obi said...

Set2 tu kena tuttt dia tiga kali kut...

Noordin Khalid said...

Caya dan Tahniah ..tuttt