hmmmmm......
kali ni aku nak sentuh sikit pasal jurulatih baru dan muda-muda ni. dalam post aku bulan december ari tu "Perkembangan Terkini" aku ada komen sikitlah pasal coach muda dan baru nilah. Tup-tup ada sorang bekas murid aku ni e-mail aku, pastu call aku lagi. Tanya siapa yang aku maksudkan tu. Aku cakap aku tak maksudkan siapa-siapa. Tapi siapa yang makan lada dialah yang rasa pedas.
Terlanjur dah sentuh pasal ni aku nak elaborate sikitlah. Aku ni dan umur 36 tahun tapi baru 2nd Dan blackbelt. Tok guru aku baru 32 tahun tapi dah 4th Dan. Masa aku Tingkatan 5, tok guru aku baru tingkatan 1. Tapi sebab apa ku perlu hormat dia??
Pertama, dia tok guru aku. Kedua, dia 4th Dan aku 2nd Dan. Ketiga, dia kawan aku. Keempat, dia tukang grading anak murid aku termasuk anak2 dan anak2 saudara aku. Kelima, sebab aku admire dia kerana dia dpt wakil Malaysia. Dan banyak lagilah.
Adakah dia tak hormat aku sbb aku murid dia??? Tidak. Dia hormat aku sbb pertama, aku lebih tua dari dia. kedua, sbb aku kawan dia. Ketiga, sbb aku murid dia. dan juga banyak sebab lagilah.
Tapi adakah aku lebih tua dari dia maka dia akan bercakap lemah-lembut dgn aku walaupun aku buat silap??? Tidak sama sekali. Aku pernah di maki oleh tok guru aku ni dengan perkataan BERUK. Tapi adakah aku berdendam dengan dia?? Tidak sekali-kali. Sbbnya mmg aku bersalah dan juga dia dah minta maaf atas perkataan itu. Juga sbb dia tok guru aku. kalau aku berdemdam makanya aku tidak aktif lagilah dalam taekwondo ni. Jadi nasihat aku pada Coach muda dan baharu ni apa-apa yang berlaku dan tak puas hati pada sapa-sapa, takyah simpan dalam hatilah. Let bygone be bygone. Lupakan apa yang telah berlalu. Concentrate pada masa hadapan. Yang penting apakah sumbangan kita untuk memajukan seni beladiri ni. Apakah sumbangan kita pada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara??
Aku bercerita begini bukan untuk memburukkan sesiapa. Tok guru aku seorang yang baik. tapi mungkin masa tu emosi tak boleh kontrol sikit. Sekali tu je yang dia maki aku. Selain dari tu tak pernah. Tapi perkara tu tak menyebabkan aku kurang rasa hormat pada dia. Tapi bertambah adalah. Dan sekarang aku makin sayang plak ngan tok guru aku ni. Selepas beberapa tahun kenal dan train bawah dia, barulah aku faham hati budi dia. Memang seorang yg sangat prihatin dan mengambil berat pada orang lain. Juga sanggup berkorban utk orang lain.
Tapi tulah dia. Ajar remaja tak sama ngan ajar budak sekolah. Kelas budak sekolah yg aku ajar, talipinggang kuning dah hafal student's oat. tapi remaja yang masuk kelab taekwondo PSMZA ni ramai yang tak hafal. Yalah diorang datang sini ada yang dah ada basic. Ada yg t/p merah, biru, hijau, malah ada yg dah blackbelt. tapi student's oat pun tak tahu. Usahkan hafal. Tulah sbbnya bila jumpa seniorbelt dan coach lain tak nak bow tu.
Maybe benda ni kita kena buat balik ngan student kita. Macamnana Sir Hj. Saiful, Eizam dan Din. Apa pendapat Sir semua?
Monday, February 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Jgn sayang lebih2...marah bini aku.
Mr. Rahman,
Kita pernah sama2 merasa dimaki dengan jurulatih kita sendiri semasa sesi latihan. Pernah beberapa kali saya ditujahi dengan F***. Huh.. .. Dah meninggal pun jurulatih tue.. ..
Jgn disimpan di dalam hati, teruskan latihan dan yg pasti jurulatih itu akan rapat dengan kita suatu hari nanti.
Jika bukan kerna jurulatih, saya tidak akan berada di tahap yg saya ada sekarang... ..
So, yg muda2 tue, renung2kan dan selamat berlatih!
hafal tak mencukupi. Lalui la pengalaman dgn tenang. Aku ni pun kite guru "muda" (tak ngaku tok, sebb nampak tua) dan beranak murid yg "Senior". Padaku simple. Guru tak kira apa umur..adalah senior dalam ilmu seni beladiri. Senior tak kira apa ilmu...adalah hebat dalam asam garam kehidupan.
So, bab tkd, guru muda perlu dihormati, tapi bab luar tkd, maybe yg anak murid "dihormati". Yg perlu dihormati bukan pada org semata mata...tapi pada ilmunya. Kalau guru cakap tak serupa bikin (naik terus 10 Dan usia muda), takda siapa nak respek walau dipaksa. tetapi yg 2nd dan, tapi ada ilmu dan matang, paksa org tak respek pun org tetap respek. itu jawapan aku
Hang Tuah kata pantang murid derhaka pd GURU, apa lagi kalau dah jadi TOK GURU. Bak kata orang lama darjat GURU sangat tinggi, tak kira tua, muda, semua kena HORMAT. Dia yang bagi ilmu pada kita. Terserahlah dia nak buat mcamna,nak kutuk, nak maki, nak ketuk. Jangan bdarah doh. Habis kita dah sanggup jd murid dia. Terima jelah. Lagipun nak selamat dalam hidup ni, jangan ada istilah BERASA HATI. Think positif.
Terimakasih Man atas nasihat dan semangat.
Insyallah Al-Amin akan terus saya pertahanankan.
Yes ..thats right. Guru kiter nk kater aper pun kater la ..memang salah kiter masa tu. Ikhlas kiter terima ikhlas la ilmu yg masuk kt hati kiter. Samer bila kiter plak jadi guru...jauhila riak , elakkan skandal dan jgn bertuhan kan duit...Insyaallah berkat kelas kiter tu.
Post a Comment