Tuesday, April 28, 2009

Seorang lagi orang yang rapat ngan aku pergi mengadap tuhan

Seminggu selepas mak aku meninggal iaitu pada 23/4/2009, aku dapat satu lagi berita mengejutkan. Masa tu aku baru lepas beli barang2 rumah kat Mydin. Dalam pukul 9 malam gitu. Eifa, students Taekwondo aku sejak tahun 2006 dan student English aku semester ni hantar sms. Dia kata "Sir, Fiza dah meninggal. Kat hospital Dungun" Aku yang masih bersedih dengan pemergian mak aku semacam tak boleh terima berita itu. Aku pun call dia. "Kau biar betul? Tak cayalah aku. Jangan bergurau benda-benda macam ni"Tak Sir, Betul ni Sir. balas Eifa terisak-isak". "Kat mana? Sakit apa?" "Saya kat hospital Dungun ni Sir. Tak pasti sakit apa. Katanya sakit perut petang tadi."

Terus aku bergegas ke Hospital Dungun. On the way sempat call wife aku cakap aku balik lambat sbb nak gi hospital. Bila dah sampai kat Hospital tu dah ramai kawan-kawan dia kat situ. Classmate dia, kawan-kawan kat Poli. Lps call pegawai HEP ada student call kata mayat ada di unit forensik. Terus gi sana. Kejap lagi En. Zamil dan En. Yaswadi sampai. Terus aku masuk dlm bilik mayat ngan diorang utk tengok. Bila dibuka je kain penutup muka, Ya Allah! memang betul itu Fiza. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.

Aruah adalah students Taekwondo aku sejak tahun 2006 lagi. Semester ni pulak aku kebetulan ngajar English kelas dia. Bila ditanya pada ayah dia, katanya dia sakit perut dan datang hospital dgn seorg kawan pd pukul 5. Ayah dia kebetulan ada di Dungun. Dia pergi melawat dan Fiza masih boleh bercakap-cakap. Lps maghrib dia bertolak nak pergi Kemaman. Belum pun keluar dari bandar Dungun, Dr. call kata Fiza tenat. Dia pusing balik dan sempat bersama aruah disaat akhirnya. Aruah meninggal pada pukul 8 malam. Yang paling menyentuh hati aku kata ayah dia Fiza kata dia nak ikut trip ke Penang esok utk menyertai Kejohanan taekwondo di Politeknik Seberang Perai. Ramai pensyarah dan rakan-rakan aruah datang ke hospital malam tu. Congak2 adalah dalam 200 orang. Mengikut berita yang diterima kemudianya aruah memang mengidap barah usus.

Malam tu Eifa gi rumah sewa aruah dan kemaskan barang2 dia. Family dia tak sempat kemaskan sbb sibuk uruskan mayat. Pkl 12 malam pun belum dpt keluar lagi dr Hospital lagi. Pagi esoknya bawak barang2 dia naik bas dan singgah rumah dia utk ziarahdan hantar barang2 aruah sekali. Kebetulan rumah dia diKTRG. On the way ke Penang. Motor dia aku suruh Amir (Taekwondo Student) bawak sampai ke KTRG. Masa kami sampai tu mayat tengah dikafankan. Lps sembahyang dan masuk keranda, aruah dibawa dengan van polis ke kubur. Sblm van bertolak kami mintak diri dr ayah aruah sbb perjalanan kami masih jauh.

Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang2 yang soleh... Amin.... Alfatihah.....



Kami merinduimu Fiza.

7 comments:

farra said...

saya juga amat bersimpati . walaupun saya tidak berkawan dengan arwah..tetapi saya mengenali drinya.. seperti baru sahaja melihat die baru-baru ini.

Anonymous said...

setiap yang hidup pasti akan mati...yang hidup mesti teruskan hidup.Allah lebih menyanyanginya. semoga arwah dtempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..amin

chentaMAYA said...

xpela~
yg idop mesti kembali pdnya~
sama2 la kita d0akan dia aman disana~
AMIN~

Noordin Khalid said...

alfatihah untuknya. semoga ruhnya diberkati Allah jua hendaknya.

Ayasu Kuro-Obi said...

Salah seorang kakitangan ISTAC kalau tak silap. Byk membantu. Semoga ditempatkan bersama golongan yang berjihad - menuntut ilmu di jalan Allah.

Abdul Rahman said...

ya betul

ISTAC 2007 & 2006

Anonymous said...

tibe2 je airmate kua...
tersentuhnye....
al-fatihah untuk arwah...