Monday, June 29, 2009

Upgrading Test

Ni cerita pasal Grading pada 26 Jun 2009 ari tu. First time 2 students dr SRIAAD dan 2 Students dari UiTM dpt Double. Sebelum ni baru ada 2 orang dari SRIAAD dpt double. (Grading lain2) Manakala UiTM tak pernah lagi yg ada dpt double. Kira bangga gak ah tok guru dia ni. Pastu siap dpt pujian lagi dr Examiner. Sir Tn. Hj. Saiful.

Tapi bukan senang nak dpt tau. Dari awal tahun baru skrg Grading. Infact dari Grading bulan Mei tahun lepas baru lening grading pulok.

Tapi ari tu ada jugak aku bt kelas tambahan. Cam sekolah lak. Hari Rabu 24 ngan Khamis 25 Jun aku suh budak2 yang agak tak berapa mahir @ ingat pattern ngan kick dan step sparring gi umah dr pkl 5.30 sampai 6.30 ptg utk extra kelas.

Pastu Khamis 25 jun tu lps training kul 6.30 tu, ada lagi parents yg hantar anak dia ke rumah dlm pkl 9.30 mlm. Nk train utk grading esoknya. Tu dia... Sampai kul 11.00 mlm baru balik.
Penat woooo...
Tapi apa nak buat. Nak tolak kesian pulok.

Apa-apa pun tgklah gambar 2/3 k3ping ni. Wife aku yg jd cameraman. cuma dia agak terkilan tak dpt amik gambar anak kedua aku grading. Sbb Sir Hj. sampai awal sgt. Jadualnya pkl 10 pg
9.45 Sir Hj dah terpacak dlm dewan.

Dia pulok masuk dewan pkl 10.00 pg. So terlepaslah.
Tk byk gambar. Wife aku byk amik video clip je.

Tuesday, June 23, 2009

Kejohanan MGTF Kebangsaan 2009 (Sambungan)


Antara bloggers yg aku jumpa masa kat Shah Alam ni adalah Sir Nordin. Dari Smart TKD.







Adam pun ada jugak kat situ. Tapi dia sibuk sgt sbg organiser. So tak sempatlah aku nak ambik gambar ngan dia.

Ni adalah kejohanan kebangsaan yang pertama aku gi tengok. Dan dari segi standard dia memang tak spt yang aku sangkakan. Aku ingat standard dia tinggi. Tapi aku hampa. Lebih kurang cam yang aku pi Penang bulan feb ngan April itu hari je.

Dalam ramai j/latih dan peserta yang aku jumpa ada macam2 perangai. Ada tu cam buat dek je bila aku diperkenalkan pd dia. Maklumlah. Siapalah aku. Cuma 2nd Degree Holder. Tak tahulah pulak dia tu brp Degree blackbelt. Tunggulah 10 tahun lagi..... huh... Aku akan jadi Professor masa tu.

Ada lagi satu insiden sorang mamat ni cerita apa ntah kat Master Najmi. Pastu bila aku masuk dewan Master trus panggil aku. Dia introduce aku dan ckplah aku ni sejawatan ngan mamat tu. Cuma tempat bertugas je lain2. Master trus suh mamat tu cerita kat aku apa yg diceritakan pada dia. Trus berubah muka mamat tu bila tahu aku ni rakan sejawatan dengan dia.
Pastu trus dia blah. He he he.... Pandai jugak Master aku ni. Takyah ckp "kau ni autalah". Tapi dgn memperkenalkan aku ngan mamat tu secara tak langsung mungkin katanya "takyah auta akulah, student aku ada gak sama jawatan ngan kau. Cuma tempat bertugas je lain".

Pastu aku juga gembira dengan kehadiran rakan Taekwondo di Trg iaitu Buden dan Tun. Maknanya diorang masih nak aktif lagi ngan Tkd ni. Kalau ada peluang mungkin buleh aktif balik tu. Aku ada jugak ajak Tun amik 3rd Dan bersama2 dgn aku.

Cuma aku tgk mmg byk muka2 lama yg masuk. Mungkin inilah kerja coach bawahan cam aku ni. Kena cungkil bakat2 baru utk diketengahkan. kalau tak takkan coach peringkat Negeri cam Hj saiful n Master Najmi nak cungkil dari bawah sampai atas.

Kalaulah aku dapat ngajar jugak kat UiTM Dungun, maybe lebih ramai lagi choice aku. Skrg budak remaja aku cuma ada Poli je. Harap2 berjayalah aku dpt UiTM ni. Dah cuba lama dah ni. masih belum berhasil.

Cuma aku team yg dpt champion tu maybe sbb pengadil ramai dari negeri diorang. Yelah kalau dah centre judge, ketua juri dan satu corner judge dari negeri dia mmg ada peluang besarlah diorang menang. Maybe kalau kat Trg pun ramai yang 4th Dan ke atas, Trg pun buleh jadi juara keseluruhan gamaknya. he he he Tu pendapat aku jelah....


oopppsss... Lupa lak.

Sempat jugalah jumpa Master Amir. Bincang sikit pasal event utk next 6 month.
Katanya ada dua event besar. Lepas raya Kejohanan antara IPTA. Dan bulan Dec, MSP.

Monday, June 22, 2009

Kejohanan MGTF Kebangsaan 2009

Aku memainkan dua peranan pada kejohanan ini iaitu sebagai Team Manager untuk pasukan Terengganu dan Pegawai Pengiring utk budak-budak aku. Team Manager tu dalam urusan tempat tinggal peserta team Terengganu. Sampai ke sana aku jadi penyokong je. Nasriah Najmi yang uruskan byk perkara masa kejohanan itu.

Banyak pengalaman yang dapat sewaktu kejohanan tu. Antaranya dapat jumpa kawan-kawan lama dan kawan2 bloggers. Antaranya yang baru terjumpa selepas last jumpa masa belajar kat ITM awal tahun 1990an dulu adalah Lukman. Dia dah 4th Dan sekarang. Sama cam Ali Khir yang dah 4th Dan. Cuma Ali bernaung di bawah DTA manakala Lukman bernaung di bawah Eizam.


Klu tengok gambar ni yang paling kiri sekali tu adalah Ali Khir, sebelah dia tulah aku, then Shahriman (tgh buat Phd kat Norway skrg), sebelah dia Eizam (2nd ke 3rd Dan ms tu), yg perempuan tu Ros rasanya, sebelah yang perempuan tu aku lupa nama (chef ni) dan yang paling kanan sekali tu Lukman. Gambar ni di ambil pd tahun 1994.




Yang ni Ali Khir. Gambar ni diambil masa Kejohanan Jemputan Kebangsaan UiTM Penang bulan Feb 2009.








Yang ini Lukman yang diambil sewaktu jadi corner judge masa kejohanan kebangsaan baru2 ni.






Yang ni pulak Sifu Eizam.

Kira untung jugaklah aku. Dpt berguru dengan 2 orang yang pernah mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia. Iaitu Eizam dan Hj Saiful.

Monday, June 15, 2009

Aku Berjaya. Yahoo!!!!!!!!

Awal minggu lepas aku terima sms ni " Utk makluman, kami tlh menerima aduan dr pihak tuan & MPD membuat keputusan m'benarkan pihak tuan menyewa Dwn Sivik Bt. 48 mulai Jun 09. STK"

Sebenarnya selepas aku tidak dibenarkan menyewa dewan tu pd bulan April hari tu sehingga terpaksa pindahkan kelas tu ke rumah, aku terus masuk ke dalam portal kerajaan negeri Terengganu dan buat aduan menggunakan e-aduan. Selepas tu hantar satu salinan ke e-mail Menteri Besar (alamat e-mail dpt dlm portal tu jugak). Lepas dua bulan baru diorang mengelabah. He he he

Di bawah ni antara tulisan aku ( di edit sikit utk mengurangkan sensitiviti) dalam aduan tu. ( Yg email ke MB tu aku tambah sikit cerita yg aku pernah jd Jlatih anak dia 2 tahun lepas masa dia blm jd MB lg di SKTK Kemaman).

Assalamualaikum,
Saya merasa agak terkilan terhadap sikap yang ditunjukkan oleh pengurusan Majlis Perbandaran Dungun yang bersikap mementingkan diri sendiri dan mengenepikan kepentingan orang ramai dalam penyewaan Dewan Batu 48 Dungun. Saya adalah seorang kakitangan (tutttttt) di Dungun. Disamping itu saya juga adalah seorang yang aktif dalam seni Taekwondo.Saya melatih beberapa kelas di daerah Dungun termasuk beberapa sekolah dan badan kerajaan di daerah Dungun. Pada bulan Januari lalu, saya telah menyewa Dewan Batu 48 untuk kelas taekwondo bagi murid-murid Sek. Rendah Islam Al-Amin Dungun.Saya hanya menyewa pada setiap Isnin pukul 5.00 ptg hingga 7 ptg sahaja. Malangnya penyewaan tidak dibenarkan lagi pada bulan Februari dengan alasan Kelab Sukan MPD ingin menggunakan dewan untuk bermain Badminton. Jika ingin menyewa dewan kami di sarankan untuk menyewa Dewan Bijangga atau Dewan Seberang Pintasan. Saya akur dan menyewa gelanggang tenis diluar dewan (Masih dalam kawasan pagar Dewan Batu 48) untuk kelas Taekwondo tersebut. Malangnya pada bulan April 2009, saya telah tidak dibenarkan untuk menyewa gelanggang tenis tersebut tanpa alasan diberikan. Disebabkan oleh itu saya terpaksa mengalihkan kelas tersebut ke halaman rumah saya yang berkebetulan berada tidak jauh dari rumah (tuttt) iaitu Ketua (tutt) bahagian Dungun. Kemusykilan saya adalah:


1. Kelas Taekwondo saya mempunyai seramai 30 orang murid (dari lebih kurang 25 keluarga). Apakah 6-8 orang ahli Kelab Sukan MPD itu lebih penting dari 25 keluarga dari segi undi dalam pilihanraya? Padahal kenapa tidak disuruh 6-8 orang itu yang bermain di Dewan Bijangga atau Dewan Seberang Pintasan. Adalah lebih mudah dari segi logistik berbanding 30 orang budak sekolah yang masih kecil.

2. Dari maklumat tidak rasmi yang saya terima. Sebab saya tidak dibenarkan menyewa Gelanggang tenis di luar Dewan Batu 48 adalah kerana ada beberapa pegawai tertinggi MPD ingin bermain Tenis. Dan mereka tidak mempunyai jadual tetap untuk tujuan itu. Jadi mereka ingin gelanggang tersebut dikosongkan sepanjang masa untuk mereka. Padahal saya hanya ingin menyewa hanya pada hari Isnin pukul 5.30petang hingga 7.00 petang sahaja. Adakah beberapa orang pegawai tinggi dalam MPD itu lebih diutamakan dari aktiviti 30 orang murid sekolah yang akan mengelakkan mereka dari berjinak-jinak atau terjebak dengan gejala sosial seperti lepak, rempit, dadah dan sebagainya lagi.

Saya juga adalah seorang ahli (tuttt) yang berdaftar dan memegang jawatan Pengerusi Tetap dalam salah satu cawangan (tutt) di dalam Parlimen Dungun. Semua ahli keluarga saya adalah ahli/penyokong kerajaan (tutt) yang kuat. Saya sayangkan (tutt) dan (tutt) serta tidak ingin melihat ia kalah dalam pilihanraya. Saya melihat perkara ini akan menyebabkan kepercayaan rakyat kepada (tutt) dan (tutt) akan sedikit terhakis memandangkan kerajaan Terengganu sekarang di pegang oleh (tutt). Semoga perkara ini dapat di pantau dan tindakan sewajarnya dapat di ambil.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar
Abdul Rahman bin Muhammad
Dungun, Terengganu.
019-9530857

Lps dpt sms tu aku pergi MPD dan sewa dewan (bukan court tennis) tu utk 2 bulan trus. Sblm ni kena buat sebulan-sebulan.

Tulah dia. Nak kena buat aduan baru nak bagi sewa. Bukan mintak free tu. Bayar sewa tu.....

Hai dunia-dunia.