Thursday, November 11, 2010

XPDC Mendaki Gunung Berembun


Gunung ini terletak di Hulu Dungun. Permulaan pendakian adalah di Air Terjun Chemerong. Aku sebagai penganjur atas kapasiti aku sebagai Penyelaras Kelab dan Persatuan di Jabatan Sukan kat tempat kerja aku. Pelajar2 yang dibawa adalah semester 2 yang mengambil ko-kurikulum R2001.



Tinggi Gunung ini adalah 3504 kaki @ 1108 meter dari paras laut. Ikut carian aku dalam internet, ini adalah gunung ketiga tertinggi di Terengganu selepas Mandi Angin dan Gagau .

XPDC ini adalah dari 21 - 23 Oktober 2010. 21hb kami bermalam di tapak perkhemahan di air terjun Chemerong. 22hb pagi, selepas memasak utk sarapan dan lunch serta makan pagi. dalam pkl 9.15 pagi kami memulakan pendakian. Perjalanan melalui air terjun Chemerong yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.






















Selepas melihat permandangan air terjun yg menakjubkan, pendakian mula masuk ke fasa susah. kecerunan kadangkala mencapai 70 darjah. pada peringkat inilah ramai yang pewai. nasib baik aku bawak backup. Yo,Kirin, Zuha, Jivan, Magen, Rooben, Tihi, Keram dan Fatimah Azzahra adalah budak2 Taekwondo yang aku sengaja bawa untuk masa2 susah begini. Mereka ini dibantu oleh Arjis dan Tiagu. Mereka inilah yang membawa khemah dan beg mereka2 yang pewai termasuklah beberapa orang pensyarah pengiring.















Hampir lima jam baru kami sampai ke kem B dimana kami memasak air dan membuka bekal makanan yg dimasak pagi tadi utk mengisi perut yang amat lapar.











Selesai sembahyang dan berkemas, lebih kurang sejam sejak berhenti rehat, kami meneruskan perjalanan selama 1 jam lagi ke Kem Y. rehat di kem Y dalam 15 minit, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Dari Kem B ke kem Y perjalanan agak santai dengan tidak banyak pendakian yang menyeksakan. Selepas kem Y perjalanan menjadi susah sedikit tetapi masih senang jika dibandingkan dengan sebelum sampai ke kem B. Setelah 10 jam selepas memulakan pendakian iaitu pada jam 6.15 petang, kami sampai di puncak Gunung Berembun.












Selepas rehat setengah jam. kami memulakan perjalanan turun ke kem langsir. Dalam kegelapan malam, kami berjalan perlahan-lahan dan setelah 2 jam iaitu jam 845 malam, kami sampai di tapak perkhemahan di Kem Langsir. Kami terus memasak dalam kumpulan yang telah ditetapkan dari awal. Selepas makan, bersih diri dan sembahyang, kami pun tido. Aku adalah yang paling last tido iaitu pkl 1 pagi setelah memastikan semua pelajar telah masuk khemah dan tido.

Pagi2 esoknya dalam pkl 6 pagi aku mengejutkan pelajar untuk solat subuh. Kemudian aku menikmati keindahan matahari terbit dari ketinggian lebih seribu meter ini. Amat cantik dan mengkagumkan. Guide pula memuji kami kerana dalam banyak2 XPDC yang dibawanya kamilah kumpulan kedua yang dapat mendaki Gunung Berembun dalam masa sehari. Biasanya dua hari diperlukan untuk sampai ke puncak oleh group lain.















Rasanya nak stay satu malam lagi di Langsir oleh kerana keadaan yang nyaman dan cantiknya permandangan di situ. Namun apakan daya, janji dah dibuat dengan driver untuk amik kami di Chemerong petang itu. Lebih kurang pukul 11 pagi selepas bacaan doa oleh Ustaz Jamali, kami bergerak turun. Tapi bukanlah turu semuanya sebab kami terpaksa mendaki Gunung Chemerong dahulu dalam perjalanan turun. Disini jugalah khidmat backup team amat diperlukan untuk membawa khemah dan beg2 peserta yang tak larat nak bawa beg mereka. Dalam perjalanan, kami melalui satu sungai yang bernama Sungai Bangang. Mungkin mendapat nama dari keadaan sungai itu sendiri.

Jam 2 ptg kami sampai di kem B dan memakan bekalan yang di masak di Kem langsir pagi tadi. Selepas sembahyang dan makan, kami menuruni laluan yang kadangkala mencapai 80 darjah kecerunan.

Alhamdulillah jam 6.30ptg kami sampai di Chemerong dengan bas yang sudah sedia menunggu. Selesai membersihkan diri, kami bertolak pulang ke Dungun dan sampai pada jam 9 malam.

Inilah cabaran yang paling hebat dari segi fizikal dan mental, malah lebih hebat dari sparring ku rasakan.

Monday, November 1, 2010

Kejohanan Taekwondo Terbuka UKM

Kejohanan ini berlangsung pasa 25 & 26 Sept 2010. Kami bertolak dari Dungun pada hari Khamis 24 Sept jam 11 malam. Sampai di UKM dalam 5 pagi. Sembahyang subuh di Masjid UKM. Pastu g makan dan pkl 9 registration.

Aku bwk murid aku ke kejohanan ni sbb nak bagi pendedahan WTF punya stail. Ternyata mereka masih belum biasa. Hanya seorang dpt masuk pusingan ketiga. 2 org masuk pusingan ke 2. Yang lain semuanya kalah masa pusingan pertama lagi. Ini termasuklah yang hebat2 seperti Shahrul, Din dan Amirul.

Selain PSMZA ada beberapa poli lain yg hantar peserta ke kejohanan ni. Antaranya Polimas, PSAS, PTSB dan PTSS. Ustaz Mansur pun bwk budak2 UiTM Penang dan UNIKL Kulim.

Yang paling aku kagum ngan kejohanan ni adalah urusetia semuanya pelajar2 UKM. takde pun aku nampak pensyarah diorg terlibat. Lepas tu sehari diorg buleh buat sampai 120 perlawanan sparring. Walaupun 2 pusingan dengan 1 1/2 minit sepusingan dan 1 minit rehat antaranya. Aku rasa kita pun patut tiru. Takdelah mmbazir masa sangat. Lagi2 masa nak tunggu peserta pakai sparring gear. Sediakan meja utk check gear. Kalu tak lengkap takleh sparring cam diorg buat. baru cepat. Ni tak, masa nama dah dipanggil tulah baru terhegeh2 nak pakai sparring gear.

Ni lah sedikit gambar utk tatapan pembaca sekalian.


Masa Sesi timbang





















Ptg hari pertama selepas lawan.
G makan Sate Kajang.
Semangatnya Din makannn!!!!!