Monday, November 1, 2010

Kejohanan Taekwondo Terbuka UKM

Kejohanan ini berlangsung pasa 25 & 26 Sept 2010. Kami bertolak dari Dungun pada hari Khamis 24 Sept jam 11 malam. Sampai di UKM dalam 5 pagi. Sembahyang subuh di Masjid UKM. Pastu g makan dan pkl 9 registration.

Aku bwk murid aku ke kejohanan ni sbb nak bagi pendedahan WTF punya stail. Ternyata mereka masih belum biasa. Hanya seorang dpt masuk pusingan ketiga. 2 org masuk pusingan ke 2. Yang lain semuanya kalah masa pusingan pertama lagi. Ini termasuklah yang hebat2 seperti Shahrul, Din dan Amirul.

Selain PSMZA ada beberapa poli lain yg hantar peserta ke kejohanan ni. Antaranya Polimas, PSAS, PTSB dan PTSS. Ustaz Mansur pun bwk budak2 UiTM Penang dan UNIKL Kulim.

Yang paling aku kagum ngan kejohanan ni adalah urusetia semuanya pelajar2 UKM. takde pun aku nampak pensyarah diorg terlibat. Lepas tu sehari diorg buleh buat sampai 120 perlawanan sparring. Walaupun 2 pusingan dengan 1 1/2 minit sepusingan dan 1 minit rehat antaranya. Aku rasa kita pun patut tiru. Takdelah mmbazir masa sangat. Lagi2 masa nak tunggu peserta pakai sparring gear. Sediakan meja utk check gear. Kalu tak lengkap takleh sparring cam diorg buat. baru cepat. Ni tak, masa nama dah dipanggil tulah baru terhegeh2 nak pakai sparring gear.

Ni lah sedikit gambar utk tatapan pembaca sekalian.


Masa Sesi timbang





















Ptg hari pertama selepas lawan.
G makan Sate Kajang.
Semangatnya Din makannn!!!!!

No comments: