Saturday, August 7, 2010

Sambungan cerita pasal peluang

Dlam pada tu aku dapat PELUANG kerja kat Sekolah Antarabangsa Ekhlass. Ni Tun yang tolong tanyakan PELUANG kerja tu. Jadi dapatlah aku kerja tu. Tak lama lepas tu aku dapat pula kerja gomen. Kena posting ke Kedah. Sebelum pergi tu, aku bawak Din ngan Berahim gi jumpa Sir Hj. Saiful utk bagi PELUANG kat diorang ngajar kelas yang aku tinggalkan tu. Kelas di UiTM dan Al-Amin Dungun Din dengan Berahim share ngajar. Kelas di Kampung aku Rasau Kerteh 3 Berahim murah hati ngajar secara percuma.(sblm tu pun aku ngajar secara percuma jugak). Bukan apa, saje nak bagi PELUANG budak2 tu belajar. Sebelum tu dah kutip bayaran tapi sambutan makin lama makin sikit. Last2 aku buat percuma je. Manakala kelas di Kerteh dan Kemaman, Sir Hj. Saiful take over.

Lepas setahun aku pun balik ke Terengganu. Kelas di Kerteh dan Kemaman dah di take over sepenuhnya oleh Din. Ha!! itupun sebab Sir Hj. Saiful bagi PELUANG kat Din. Kelas di Dungun iaitu di Al-Amin aku take over semula since Berahim dah habis belajar dan balik ke Kedah. Kelas UiTM yang termati masa Din ngajor aku hidupkan balik. Cuma kelas di Kampung aku je yang tak dapat bukak2. Masa Berahim ngajar tu tak mati. Cuma masa dia balik ke Kedah ngan aku balik ke Dungun tu ada gap dalam 1 bulan. Tak dapat bukak balik sebab tempat latihan dah tak dibenarkan. Maklumlah masa aku kat Kedah selama setahun tu 5 orang pengurus bertukar ganti di kampung aku tu. Lepas tu Pengerusi JKKR pun bertukar juga. Pengerusi JKKR yang baru tu macam tak berapa nak bagi je tempat nak buat latihan tu. padahal cucu dia 2 orang belajar free. Ntahlah. Dia tak bagi PELUANG, makanya terkuburlah kelas tu. Ingat nak jugak gi jumpa Gurubesar sekolah kat kampung aku tuu utk mintak tempat latihan. Tapi tak berPELUANG sebab aku pulak dapat sambung belajar buat Master (part time je boh. Jadi masa terhad. Makanya tak berPELUANGlah aku nak bukak semula kelas tu.

Dalam pada tu di PSMZA aku start coach Taekwondo since aku pun kerja kat situ. Itu pun kelas free jugak. Sajelah tu sebagai sumbangan untuk student2 poli. Tapi dari 5 ribu lebih students, yang masuknya paling ramai pun pada satu2 masa 30 orang je. Ada semester tu cuma belas2 orang je. Tapi aku tak putus asa. Aku ajar juga untuk bagi PELUANG kat diorang berlatih dan pkaktis. Mula2 tu slow je sebab aku latih, manakala pensyarah lain jadi penasihat. Lepas pensyarah tu bertukar, maka aku pun ambik alih semuanya. Aku penasihat dan juga jurulatih. Lepas tu mulalah aku bawak budak2 tu pergi kejohanan jemputan di beberapa tempat di luar Terengganu. Nampak ada peningkatan. Yang lemah semangat nak berlatih pu dah jadi tinggi semangatnya. Salah seorang yang meningkat dengan ketara sekali adalah Shahrul. Dari duk pingat gangsa je manjang. Tup2 masa MSP bulan Dec 2009 ari tu dia dapat Emas. Dengan bergaya sekali. Hinggakan budak India yang lawan dia masa final tu pun ckp yang memang dia tak dpt nak lawan Shahrul. Kaki Shahrul asyik kena kepalaaaa dia je. Dia buat macam mana pun tetap kelapa dia kena sepak ngan Shahrul. Dia peluk, elak, lawan takleh jugak. Memang kena jugak. Ni Suresh ke Prabu yg ckp kat aku. Dia g boraak2 ngan budak India yang kalah ngan Shahrul tu.

Yang aku suka bagi PELUANG kat budak2 poli tu sebab aku rasa Nasree ngan Iwan memang jadi bagus sebab banyak dapat PELUANG dan pendedahan ke kejohanan2 besar. Yelah... dah diorang anak Master Najmi. Memang peluang diorang terbuka luas. Jadi aku pun nak jugak budak2 aku jadi hebat cam diorang. Tu yang aku bagi peluang dan pendedahan kat diorang semampu yang aku dapat.

Ada budak2 tu dah 3/4 tahun dah tak aktif taekwondo ni. Bila aku bagi peluang, diorang rasa seronok semula. berminat semula dengan Taekwondo. Lepas tu kelas aku di poli ni studentnya dari semua perguruan. GTF, ITF dan WTF. Semuanya aku terima. Ada yang berminat nak berlatih pattern saje, ada yang suka sparring saje dan ada yang suka kedua2nya. Buleh terima belaka.

Aku sendiri pun tak berPELUANG untuk dicungkil bakat masa sekolah dulu. Maklumlah, dulu mana ada kejohanan cam ISTAC tu. Aku masuk kejohanan pun masa tingkatan 5 je yang dianjurkan oleh sekolah aku sendiri. Tu pun team sparring ngan team pattern je. Individu event takde. Tapi aku dapat pingat emas utk team sparring tu dan pingat perak utk team pattern tu. Lama doh tu. Tahun 1990. Tapi seingat aku masa training pun aku tak pernah kalah pada orang lain. Orang asyik kena baham je dengan aku masa tu. Memang tergoleklah aku gomo member2 aku masa tu. Sampaikan masa tu budak2 sekoloh aku panggil aku "Mang Besi".

Aku rasa tuuuu jelah cerita hok aku nok royaklah.

Tihi!!! dokkan baca je??? komen ah.

Ke guane???

No comments: