Ni saja-saja je aku nak luahkan yang tersekat kat hati. kalau tak luahkan nanti buat sakit hati je. Lepas tu takut sakit lain lah pulak.Tapi kalau ada orang sakit hati dengan apa yang aku tulis ni sorrylah ye. Kalau tak nak sakit hati takyah bacalah. Aku tak bertanggungjawab kalau korang bengang ke, marah ke atau kena serangan jantung ke.
Aku mula-mula start belajar Taekwondo masa tahun 1988. Masa tu tingkatan 3 kat SMAASZA. Master Najmi dengan Cikgu Mustafa (dulu tak panggil Sir tapi panggil Cikgu) dan En. Bakar datang buat demo. So aku pun masuklah. Sampai ke tingkatan 5 aku dah dapat merah calit hitam. Yang aku nak ceritanya kat sini pasal bagi PELUANG. Family aku orang miskin. Bapak aku buta huruf. Jadi kerja gomen ke, bussiness ke memang tak baulah kata orang. Bapak aku peneroka Felda je. Masa belajar Taekwondo kat sekolah tu, yuran cuma RM 5 je sebulan. Tapi aku memang tak mampu bayar. Yuran asrama pun aku tak bayar. Memang makan dan duduk free je. Yuran asrama aku kerajaan negeri yang bayar.(tu pun selepas SRP aku kena tahan dan mak aku pi merayu kat speaker masa tu yg kebetulan adun Paka. Dato' Engku Bijaya Sura Syed Omar Mohamad)
Tetapi walaupun aku tak mampu bayar, Cikgu Mustafa bagi jugak aku PELUANG belajar. Dia tak mintak pun yuran tu. Sampailah tingkatan lima dan aku ambik blackbelt. Aku tak lulus sebab markah aku 49.5%. Markah lulus 50%. Masa tu grading dengan sorg cina dari Pahang(4th Dan). Dato' Sabree tak datang grading masa tu. Tak tahu apa sebabnya. Walhal aku punya breaking pecah 5 dari 7 semuanya. 4 orang grading sekali dengan aku dan markah aku yang tertinggi. jadi semua ke empat-empat orang tak luluslah. Tak tahulah mana silapnya. Semua pattern aku ingat. Self defence aku rasa ok. Breaking kalau dengan Dato' Sabree, rasanya dah lulus. Dah pemeriksan tu taknak bagi aku PELUANG. Maka tak luluslah aku.
Bila aku masuk ITM Shah Alam time semester 1, aku berkobar-kobar nak join kelab Taekwondo. Aku pun pergilah jumpa jurulatih dia. Bekas anak murid Master Najmi jugak di Sekolah Teknik Ktrg. Aku kata aku dah calit hitam dah dan nak sambung latihan di sini. Dia kata apa bukti yang awak ni calit hitam? Mana sijil awak?? Sebab sijil aku tak ada dan dia taknak bagi aku PELUANG, makanya semester tu takleh aku sambung latihan aku. Aku pun pi contact Cikgu Mustafa. Lama jugak baru aku daapat sijil yang beliau kirimkan.
Masuk je semester 2, aku pun pergilah sekali lagi. Kali ni jumpalah pulak En. Kassim. Org Kedah. Aku ckp aku calit hitam dan tunjukkan sijil aku. Dia kata tak payah tunjuk sijil. Kalau awak boleh buat semua pattern sampai ke calit hitam, makanya awak calit hitamlah. Pulak dah.... Dia dah bagi PELUANG, makanya aku pun berlatihlah. Cadangnya nak ambiklah blackbelt sekali lagi. Sempatlah jugak call Master Najmi kot2 boleh dapat balik duit yang ari tu yang aku gagal tu. Master Najmi kata tak boleh dapat balik. Tapi kalau nak grading sekali lagi di Terengganu bolehlah dia uruskan. Tak payah bayar apa2 kali ke 2 tu. Tapi aku tak dapat balik sebab takde duit tambang dan takde tempat tinggal di Kuala Terengganu.
Dipendekkan cerita akhirnya dapatlah aku blackbelt pada tahun 1993. Tahun 1995 aku grad dan terus tak aktif taekwondo. Balik kerja di Terengganu tahun 1998 pun tak aktif lagi. Tak ada peluang sebab kesibukan kerja dan keluarga. Pahtu sambung belajar pulak tahun 2001. Part time je. Mak bapak aku mmg takde duit utk aku sambung belaajar. Jadi bila dah ada duit sendiri dan dah lepas dah sorang adik aku yang aku tanggung belanja belajarnya, maka bolehlah aku sendiri sambung belajar.
Tahun 2004 aku diberhentikan kerja. Tengah takde kerja tu aku aktifkan diri dalam persatuan belia. Tahun 2005 masa kat Wisma Darul Iman, masa ambik duit bantuan utk persatuan aku. Terjumpalah dengan Master Najmi. Dia kenal aku walaupun dah 15 tahun tak jumpa. Lepas tu dia suruh aku aktif balik. Dia suruh pi jumpa Hj. Saiful dan berlatih dengan dia. Dia bagi aku PELUANG utk aktif balik.
Di pendekkan cerita, lepas aku dah ingat balik semua pattern tu, adalah satu insiden sorg jurulatih tu kena berehat. Aku pun mintaklah nak take over kelas2 tu. Hj. Saiful bagilah aku PELUANG. Jadi aku ajarlah semua kelas tu dan dgn duit tulah aku gunakan utk tampung expenses aku.
Huih.... penat plak. nantilah aku sambung lagi ok.
Friday, August 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment