Tahun ni aku tak berapa aktif sangat sebagai judge kerana dah ramai anak buah aku bawak jadi refree. Faiz, Shahrul, Jivan, Hamizah dan Nadiah adalah student aku yang memakai baju putih seluar hitam hari pertandingan tu. Aku saje nak bagi pendedahan untuk diaorang. Sebab bagi aku pengalaman mematang kita. Mungkin tak semua akan jadi matang bila ada pengalaman. Tapi dalam ramai2 tu, kalau sorang pun boleh berubah dari segi atitude kerana pendedahan dan pengalaman yang didapati melalui aku, aku dah rasa puas hati.
Anyway Sek. Rendah Islam Al-Amin muncul sebagai johan keseluruhan walaupun kami terlepas acara pattern lelaki sbb tiba lambat. Nak buat macamana, ada masalah dari segi transport. Mula2 tu ingat semuanya nak pergi dengan Bas PSMZA. Sebulan setengah aku booking bas. Dari awal tak ada masalah. Tup2 2 hari ssebelum bertolak, bas dah diambil oleh event lain yang lebih penting. Jadi kelam kabutlah aku carikkan transport lain. Nasib baik Faiz sanggup bawak van panjang tu dan kawan aku sejak 20 tahun si Nong, murah hati meminjamkan van syarikat dia sebijik. Anyway terpaksalah jugak aku merelakan duit aku sendiri terguna bagi menyewa van 14 tempat duduk tu dan sebijik van sekolah warna kuning utk menghantar pada waktu pagi tu.
Aku juga nak mengucapkan terima kasih kepada murid2 aku iaitu Faiz, Shahrul, Jivan, Hamizah, Nadiah kerana tolong aku jaga budak sekolah rendah tu. Tak lupa kepada Fatimah dan Fadhillah kerana sudi menumpangkan kawan2 kat rumah atuk dan rumah sedara masing2. Kalau tak mungkin lagi banyaklah duit aku terpaksa di korbankan.
Tak lupa pada adik aku Syakirin, kerana sudi amik van pendek tu kat bos dia dan jadi drebar selama 2 hari.Juga kepada semua murid2 aku kat PSMZA kerana sama2 menjaga budak2 sekolah dan barang2 lain. Nak sebut kat sini ramai sangat. Juga kepada Pegawai Sukan PSMZA, En. Ibarihim kerana sudi meringankan beban kewangan aku dengan menghulurkan sedikit belanja untuk transport.
Tak lupa kepada judge dan refree yang berdedikasi dan bersemangat seperti Nasree, Iwan, Hj. Hafiz, Hj. Saiful, Cg Zamree, Wan Ahmad, Hanif dan semua yang nama tak tersebut kat sini. Semoga pengalaman dan teguran dapat mematangkan kita semua dan jadi lebih bagus lagi tahun depan.
Juga kepada penganjur, Cik Nasriah serta Master Najmi dan semua ahli keluarga beliau yang terlibat dalam kejohanan kali ini.
Ni adalah sikit gambar utk tatapan pembaca semua.
Ni Shahrul. Baru calit hitam tapi saje aku dedahkan. Tak ambik bahagian kerana nak bagi can kat org lain dpt pingat. Sir Hj. Saiful suruh dia bagi can kt org lain. Kalu dia ambik bahagian aku rasa Emas 2 bijik boleh kot.
Nilah kontigen yg aku bawak ari tu. Ada lagi yg tak masuk gambar tu.
Judge yang paling hansem sekali ari tu.
Ni abang dia. Lagiiii hansem. Camne?? takde yang berkenan ke?
Faiz, Jivan dan Hamizah
Nadiah
Aizuddin dan Amirul
Tu jelah. Kalau suka ambiklah sebagai pengajaran. Kalau tak suka pun, suka hatilah. Janji korang bahagia.
1 comment:
Hoh!! Fatihi!
Ko taknak komen ke?? takkan baca je kot.
Post a Comment