Saturday, May 30, 2015

Umrah dan Ziarah di Makkah dan Madinah

Assalamualaikum. Sebenarnya tujuan aku tulis tajuk ni bukan untuk menunjuk atau berbangga. Tapi sebab ada kawan-kawan yang bertanya pasal perjalanan, penginapan, cuaca dan keadaan di Tanah Suci. Mungkin diorang berminat juga nak kesana. Alhamdulillah baguslah kalau gitu. Jadi tujuan aku tulis post ni supaya ianya dapat dijadikan rujukan atau pun sedikit panduan bagi sesiapa yang berhasrat untuk ke sana terutama yang baru pertama kali nak ke sana. Ini adalah pertama kali aku mengerjakan Umrah. Umur 40 tahun baru diberikan peluang oleh Allah Taala untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Sebenarnya awal tahun 2013 hari tu Mak Mentua aku pergi memunaikan Umrah. Adalah anak saudara aku yang sebaya dengan anak sulung aku tu yang ikut sekali. Anak sulung aku pun beria-ia jugak nak ikut sekali. Tapi kerana tahun tu dia akan memduduki PMR, tambahan pulak keadaan pelajarannya agak membimbangkan aku dan isteri, maka kami memujuknya supaya menangguhkan dulu hasratnya untuk ke sana dengan janji kami sekeluarga akan ke sana selepas beliau selesai menduduki PMR. Okaylah... Mula-mula tu kami pergilah ke satu Travel Agency ni yang menguruskan jemaah Umrah dan Haji. Sebenarnya kat Dungun ni Travel Agen yang kami tahu cuma satu ajelah iaitu Rayhar Travel.Yang lain tu tak tahulah pulak kat mana pejabatnya. Pejabatnya pulak berada betul-betul di atas Tabung Haji Dungun. Sebelum tu sebenarnya ada dah aku tanya-tanya Ustaz Khairol yang berkerja satu pejabat dengan aku. Ustaz ni sebenarnya adalah salah seorang yang pembimbing jemaah Umrah dalam kursus-kursus yang diadakan di pejabat Rayhar pada setiap Sabtu. So aku dan isteri pun pergilah ke Rayhar Travel tu. Mula-mula tu ada rombongan untuk 16 Disember aje. Rombongan lepas tu adalah 24 Disember. Tapi yang 16 Disember tu dah penuh. Ingatkan nak join yang 16 Disember tu sbbnya boleh balik sebelum sessi persekolahan bermula. Tapi sebab dah penuh terpaksalah register untuk 24 Disember tu je. Kami pergi tu dalam bulan Oktober. Dalam 2 bulan lagi sebelum trip tu. tapi dah penuh, hmmm.... ramai jugak orang nak nak ke sana ya. Masa tu kami booking tarikh aje tanpa bayar ape-ape sbbnya kami nak yang 16 Disember tu. Kami bagitau kat staff Rayhar tu kalau ada orang tarik diri supaya diorang bagitau kami. Lepas tu kami tunggu ajelah. Tapi lepas seminggu senyap gitu je. Jadi aku dan wife pun cubalah tanya-tanyakan orang yang pernah pergi. Diorang kata kalau booking tanpa bayaran, diorang tak bagi priority. Hmmm... Lepas tu dalam seminggu lebih gitu masa tgh borak2 denga Ustaz Khairol tu dia kata ada pakej baru dibuka untuk 15 dan 17 Disember. Petang tu jugak kami pergi utk booking. Tapi sbb kami tak buat apa2 bayaran lagi makanya diorg mcm tak berapa layan la. So kami pun pergila keluarkan duit dan buat bayaran. Kalau tak silap kami buat bayaran dalam 70% daripada harga pakej tu. tapi diorg kata pakej tu pun dah penuh. Diorg letak nama kami dalam waiting list. Kalau ada orang yang tarik diri, bolehla kami masuk pakej tu. Gedebuk gedebak tiba-tiba bolehla kami masuk pakej 17 Disember tu. Lepas tu yg pakej 16 Disember tu dah ditukar ke 13 Disember. Ustaz Khairol pulak jd Mutawif utk pakej 13 Disember tu. Aku g borak dgn Ustaz Khairol, kot2 dia buleh ejas bagi kami pergi pakej 13 Disember tu. Kami nak pergi bersama dia, sbb senang sikit kerana kami kenal dia. kalau ada kemusykilan kat sana tak segan sgt utk bertanya. Tapi dia kata dia pun tak boleh buat ape2. Nak dijadikan rezeki kami, dalam 2 minggu sebelum pergi tu, tiba2 ajen telepon. Katanya ada kekosongan utk pakej 13 Disember tu. Jadik kami pun beersetuju je lah. Rupa2nya Allah mendengar doa kami. Terus dimakbul hasrat kami. Orang kata kalau pergi Mekah dan Madinah ni, doa senang makbul. Tapi Allah dah makbulkan doa kami dari M'sia lagi. Alhamdullilah. Rupa2nya ada sorg rakan wife aku yang mendaftar utk pakej 15 Disember tu. Dia nk pergi dgn famili dia. kebetulan famili dia pun sama cam famili aku. Dia, suami dia dan 3 orang anak perempuan dia.tapi bila tarikh ditukar dari 15 Disember ke 13 Disember, dia tak boleh nak pergi pd tarikh tu. Bila dia tgk nama wife aku dlm senarai pakej 17 Disember tu, terus dia bagi tau kat ajen tu supaya tukar dengan famili kami. Sbb komposisi famili kami sama. Alhamdulillah. Mula-mula tu ingat nak pergi senyap2 je. Taknak bagitau orang sbb takut jadi riak. Tapi masa kursus tu Ustaz kata kenalah bagitau orang yang kita nak pergi umrah sbb pergi umrah ni bukan macam pergi melancong. Kita bagitau orang yang kita nak pergi Umrah kerana kita kena mintak maaf dengan semua orang kalau2 ada dosa kita pd diorang. Ustaz kata nak pergi Umrah diri kita kena bersih. Kalau dosa dengan tuhan kena bertaubat. Kena buat sembahyang taubat banyak2 sebelum pergi tu. Kalau dosa dengan manusia, kena mintak maaf. Kalau ada termakan terminum, kena mintak halalkan.

No comments: