Tuesday, September 23, 2008

Aku nak sambung belajar lagi

Ahad baru ni 21/9/2008 pukul 5.30 ptg aku bertolak gi Shah Alam utk menghadiri temubual di UiTM seksyen 17 untuk Program Master in TESL. Sampai ke Chendor dalam pukul 7 ptg. berhenti utk buka posa. Lps sembahyang jamak ngan qasar teruskan perjalanan sampai Shah Alam pkl 12 malam. Ingatkan nak tido rumah kawan aku si Brat. Alih2 call dia, dia kata ada di Kemaman lg. Sbb kena naik platform minyak lagi sekali. Sehari sblm tu dah naik tp problem tak settle lagi. Duit bwk tak byk. Lps pusing2 dan call 2/3 tpt dapatlah De Palma Inn RM 100 utk half day. Check in tgh mlm sampai kul 7 pagi. Kalau tak rate paling murah boleh dpt RM 130. Oklah nak tido ngan mandi je. Tulah masalahnya ngan Shah Alam ni. Takdak hotel murah under RM 100. Sblm gi De Palma tu call member yg tak jumpa 17 tahun Mr Thermo. Sahur sama2 pkl 1 pagi.

Esoknya 7.30 dah check out. Dpt tido dlm 3/4 jam je. Dok dlm keta sampai 8.30. Pastu drive gi sek 17. 9.30 ada written test. 10.30 temubual. Aku kena ngan Dr. Faizah Abd Majid. Kira oklah. Tak banyak yang di tanya. Sbb aku dah buat byk homework sblm aku apply utk program ni. Aku dah masuk byk website2 universiti termasuk UiTM ni. Dan aku rasa program kat UiTM ni paling sesuai ngan aku dari segi course content dan time schedule dia. Masa dia bagi peluang suh tanya soalan, aku kata aku dah tahu suma yang aku nak tahu. Dalam 35 candidate tu hanya ada 5 orang je laki2. yang lain. prpm. Dan dalam ramai tu hanya 3 orang je dari Terengganu. Aku ngan dua orang senior B.ed TESL aku. Si Luktfi ngan Saifuddin. Lps temubual tu lepak2 jap kat bangku bwh pokok. Dr. Ben datang borak2 jap. Dia ni pernah ajar kitaorg masa B.ed dulu. Dah bersara tapi di kontrakkan lagi sbb tak cukup lecturer.

Dalam pkl 1 start bergerak ke Wangsa Maju. Gi rumah adik Saifuddin jap. Diorang tak tahu jalan. So aku lead the way. Datang keta asing2. Aku amik Federal Highway sampai Motorola PJ, lps tu amik LDP and MRR2 trus ke Gombk and turn trus ke jalan utk ke Hulu Klang. Sblm sampai Taman Melawati tu amik susur kluar ke Wangsa Maju. Lps borak2 jap ngan Sembahyang Jamak n Qasar trus balik ke Trg.

Sampai Temerloh rasa ngantuk plak. Tido jap dlm sejam kat R & R Temerloh. Pkl 6 sambung journey. Dah nak dekat susur kluar Jabor orang dah azan. Buka posa dalam keta ja. Nasib baik wife aku ada letak air masak ngan buah kurma dlm keta. Sambil2 drive tu makan kurma nga air masak. Sampai R & R Chendor dlm pkl 8. Makan nasi ngan sembahyang pastu truskan perjalanan. Dlm pkl 10 malam sampailah rumah. Esoknya pkl 8 pagi kerja balik.

Kalau tak ada aral dalam hujung bulan Disember atau awal Januari 2009 akan bermulalah klas aku. Setiap 2 minggu sekali kena pi Shah Alam utk attend klass. Tak pernah terfikir pun aku akan sampai ke tahap ni. Dari seorang yang dapat BI P8 dalam SPM, skrg dah nak masuk Program M.ED TESL dah. Nak jugak tulis buku pasal pengalaman aku ni. Tgh cari masa ni.
Jadi lps 2 1/2 tahun bolehlah aku bergelah graduan Med Tesl lak. Target aku dalam masa 10 tahun dr skrg nak bergelar Professor. Lps Master ni maybe pi buat Phd skali ngan wife aku. Dia tgh tunggu aku je ni. Jadi tolong doakan supaya aku berjaya ye. wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

sir. best of luck k! :)

Anonymous said...

okla tu, kalau dah belajar balik tu datang la train sini

Abdul Rahman said...

mekasih kak cik kerana bagi kata2 semangat.

Latihan kat UiTM Shah Alam ada ke Jumaat malam sifu Eizam?? Nak jugak train ngan kau lagi ni.