Monday, September 8, 2008

Kursus Sains Sukan Tahap 2

Aku baru saja balik dari kursus sains sukan tahap 2 di MSN Terengganu dari 1-6 Sept Lepas. Dari kursus tersebut aku dapati banyak benda yang baru aku pelajari dari segi sains sukan. Ada excercise untuk warming up dan stretching yang aku suruh students Taekwondo aku buat selama ni rupa-rupanya amat merbahaya dari segi kajian sains sukan. Ini adalah kerana ianya akan memberi risiko kecederaan kepada sarap tunjang.

Masa kursus tu aku jumpa anak Master Najmi iaitu Nasriah yang sedang menjalani latihan praktikal disitu. Dia juga menyertai kursus itu sebagai urusetia/peserta. Dalam 30 orang peserta yang mengikuti kursus itu hanya aku dan Nasriah sahaja dari Sukan Taekwondo. mmmmm..... Mana yang lain????

Sebenarnya sejak aku mula bertugas di PSMZA ni, rutin seharian aku agak sibuk. Kalau masa di Kedah dulu aku hanya uruskan diri sendiri sahaja, sekarang anak-anak dan keluarga juga menjadi keutamaan. Selain dari itu ibu bapa yang sudah tua kenalah dijenguk juga sekali sekala. Juga persatuan belia yang mana aku menjadi pengerusi juga terpaksa aku bahagikan masa sedikit.

Juga agak membimbangkan aku adalah bebanan yang agak berat terpaksa di tanggung oleh tok guru aku. Harap-harap sakit telinga isterinya taklah melarat sampai jadi terlalu serius. Aku rasa masih memerlukan bimbingan dari dia untuk meningkatkan skill teknikal diri dan pelajar2 aku.

Tapi yang aku dok risau sekarang ni adalah kerana kurangnya pelapis. Kami-kami jurulatih yang dah agak berumur ni nak jugak tengok anak-anak buah amik alih setengah2 kelas suatu hari nanti. Tapi setakat ni di PSMZA ni ada 2 orang yang baru nampak berminat untuk menceburi bidang kejurulatihan ni. Ada dua tiga orang lagi Blackbelt, tapi langsung tidak berminat. Tak tahu apa sebab diorang joint Taekwondo ni. harapan aku selepas ni nak produse ramai lagi jurulatih dan penolong jurulatih dari kilang PSMZA ni untuk meneruskan kesinambungan dimasa hadapan.

3 comments:

Ayasu Kuro-Obi said...

WTF & ITF ada dok?

Anonymous said...

okla tu, dunia sukan ni macam hiburan, sure ada perkembangan terkini..so, try la apply untuk training anak buah...tabik la ganu-gtf sebb aktiff. kire kau dgn nas bertuah dapat bernaung kelab yg prihatin

Abdul Rahman said...

Yelah. Tu pun sbb Master Najmi.
Aku aktif balik ni pun psl Master Najim yg suruh. pastu ada Hj Saiful sudi jadi sifu. Kalau tak alamatnya tergantunglah lagi belt tu.