Thursday, February 5, 2009

Dah sebulan blog aku tak terupdate

He he he he

Rasa malu plak ngan blogger2 yang aku dok selalu baca blog diaorang. yelah, blog orang aku baca tiap2 hari cam blog Hj Saiful, Din, Eizam, Tok kapor, Cikgu lama, Adam, Amal dan byk lagi. Tapi blog aku sendiri dah sebulan lebih tak update.

Nak buat camna, sebukkk. (Alasan je tu) Ni pun dok ada di Intekma Resort Shah Alam. Ptg ni ada kelas dr pkl 4 sampai pkl 8 mlm. esok lak dari 9 pagi sampai 3 ptg.

esok plak sebenarnya aku kerja. PSMZA amik ganti hari sblm raya cina ari tu. Kami diarahkan bercuti. Tapi aku ok je. Sbb aku buleeh amik cuti tanpa rekod. Permohonan aku nak sambung belajar part time ni yang dihantar ke Putrajaya ari tu dah dapat surat kelulusan. So aku boleh amik cuti tanpa rekod 30 hari setahun untuk tujuan belajar nilah.

Berbalik kepada kelas taekwondo pulak, setakat ni kelas di SRIAAD hari Isnin 5.30 sampai 7.00, Anak2 kakitangan UiTMT selasa petang dan poli rabu malam 8 - 9.30. aku gabung sekali kelas ko ngan kelab di poli. so semua sekali ada dalam lebih kurang 100 orang student aku sekarang. Student Tkd lah. Student English ada 300 orang. Campur ngan student muet ada lagi 250 orang. So ramai jugalah student aku sem ni. Tapi takleh lawan cikgu lama. Aku ni masih baru. tak gitu cikgu lama.

Tapi yang agak mengembirakan aku adalah keadaan Kelab Taekwondo PSMZA. Selepas aku mengambilalih sepenuhnya sem ni termasuk juga koko taekwondo. Ahli Kelab telah meningkat dengan mendadak. setakat ini dah ada dalam 30 orang ahli. harapan semoga akan meningkat lagi sem depan. kalau sem. lepas tu cuma ada dalam 10 orang je ahli kelab. jadi peningkatan ni memberi aku lebih motivasi untuk meneruskan agenda mengembangkan seni bela diri ni.
Tapi ni pun berkat dari guide yang aku dapat dari tok guru aku Tn. HJ saiful jugaklah. Disamping nasihat2 dari Master Najmi. Juga dapat sedikit sebanyak cara dan ilmu melalui pembacaan post2 dalam blog2 senior coach spt Dins DTA, Eizam, Adam dan juga blog coach aku HJ. Saiful.

Tapi aku kagum betullah ngan coach aku ni. Setakat ni aku rasa dah 3 blog yang dia manage. Pastu web Taekwondo-Terengganu lagi. Hai...... hebat-hebat.

Oklah aku rasa tulah je nukilan aku setakat ni dulu ye. Nak buat assignment lak ni. Esok Dr. Parmjit nak tengok.

Terima Kasih kerana sudi membaca.

1 comment:

one-areyou said...

TQ selalu lawat blog cikgu lama. Student cl 700 x 25 tahun = 17 500 orang. Lebih kurang ah tu.. jangan salahkan masa, ikutlah contoh blogger tua macam cl ni.Nampak je tua tapi jiwa masih muda. haha..