Saturday, May 9, 2009

Rumahku Dojangku

Satu dari kelas Taekwondoku terpaksa diadakan di rumahku bermula awal bulan April 2009. Ini adalah kelas di Sek. Ren. Islam Al-Amin Dungun. Tahun lepas kelas ini diadakan di Sekolah. Tapi tahun ini SRIAAD mengalami kekurangan kelas. Ini kerana permintaan yang mengalakkan dari parents yang nak anak2 mereka belajar disitu. Jd dewan sekolah telah di renovate buat kelas. Manakala dewan baru hanya akan siap pada tahun 2010. Setelah bangunan baru yang dalam pembinaan sekarang ini siap(di jangka siap pada awal tahun 2010).

Jadi aku pun menyewa Dewan Majlis Perbandaran Dungun untuk tujuan latihan. Pada bulan Januari aku dibenarkan menyewa dewan. Jadi latihan di buat di Dewan Batu 48. Kemudiannya pada bulan Feb aku tidak lagi dibenarkan menyewa dewan dengan alasan ahli2 Kelab sukan MPD mengunakkan dewan pada waktu sama untuk bermain badminton. Oklah. Aku minta untuk menyewa gelanggang tenis diluar dewan. Dapatlah sewa utk bulan Feb dan Mac.

Tetiba pada bulan April aku tidak dibenarkan pula utk menyewa gelanggang tenis tersebut. Tiada alasan yang diberikan. Tapi drp apaa yang dicritakan oleh penjaga dewan, ada pegawai tinggi dlm MPD mahu bermain tenis pada masa luang mereka. Dan mereka mahu gelanggang tenis itu sentiasa kosong supaya mereka boleh bermain bila2 masa yang mereka rasa nak main.
Memang kecewa. Tapi malas nak fikir byk2.

Last2 sekali aku buat kat rumah aku jelah. Sementara tunggu dewan sekolah siap pada awal tahun depan. Kerana ruang yang agak terhad, terpaksalah aku bahagi dua kelas tu. (30 orang murid). Yang talipinggang putih berlatih dlm rumah. Manakala calit kuning ke atas di luar (tempat parking kereta). Itu pun nasib baik ada assistant.(Students aku kat PSMZA). Kalau tak susah jugalah. Anyway inilah gambar2 yang diambil sewaktu latihan.










7 comments:

Adam A. said...

Hebat mu Mang! Biar apa pun rintangan jgn jadikan sebagai halangan.

Teruskan perjuangan! Insyallah, mu akan dibalas sebaiknya!

Sharifudin said...

Bagus tu Mang...berkat tu jadikan rumah kiter tpt menimba ilmu. Keep it up ...tgk cam Noordin (SMART) nanti ader la rezeki tu silap2 rumah tu jadi makin besar..he..he..

Anonymous said...

semangat jurulatih yg perlu dicontohi. semangat smpai rumah pun dah jd tempat training. hehe..

keep up d gud work sir! :)

Anonymous said...

wah, handal...senang la rehat kat sofa empuk sambil menikmati air di dalam peti sejuk dan bukak astro..huhuhu

Noordin Khalid said...

Tahniah bro.
Aku buat training kat rumah hampir 8 thn (dlm dan luar rumah) sejak 2001. Alhamdulillah awal tahun sy pindah ke Dojang baru tp kena menyewa la...

Yang penting ialah semangat berterusan ...kerna kita bimbang tetiba atas sebab2 yg tak dpt dielakkan terpaksa kita "stop" mengajar.

Sy doakan tuan terus berjaya.

Anonymous said...

Caya la sir....!!! =)

brahim said...

sir memang best.....
caya sama sir....
i'm very proud of u....
(bow)tae kwon......